Jadual exam telah pun lama keluar sejak 22hb June. Walaupun aku dah tau tarikh dia keluar dari reminder rakan-rakan facebook, aku buat tak tahu je kat event yang penting ni. Hati aku dah tak ke arah study aku. Semangat aku ntah ke mana. Puas aku carik ke mana dia berjumpa tapi still tak berjumpa.
Pun begitu aku dah download jadual exam pada 2hb June tapi aku still tak go through in detail. Dalam masa yang sama aku download juga slip menduduki periksa. Kalau takde slip ni tak bole amik exam.
Dan sekarang baru aku nak go in detail. Dan ringkasannya;
ELEMENTARY STATISTIC - 1 Ogos Rabu pagi 8:30pagi - 11:00pagi
PROFESIONAL ETHIC - 4hb Ogos Sabtu 8:30pagi - 11:00pagi
HUMAN RESOURCES MANAGEMENT - 9 Ogos Khamis 8:30pagi - 11:00pagi
So komen aku; baru aku tahu yang exam start lagi 3 minggu. Huhu.. dengan permulaan paper ELEMENTARY STATISTIC yang aku anggap senang pada mulanya tapi sekarang menjadi payah sebab aku sedikit pun tak sentuh bab-bab yang lain selain yang kena mengena ngan assignment. Aku dah janji pada diri aku kena strike A pada subjek ni. Aku mesti!
Profesional Ethis ni membuatkan kepala aku biol. Payah sangat nak masuk bab-bab teori ni. Lagi lah dalam bahasa English. So far aku tengok U ni bagi soalan exam yang senang. Tapi akibat study last minit, point utama atau key word yang senang-senang menajadi payah. Jadi aku kena start membaca, membaca dan membaca.
HRM ni aku pernah amik dah. So sama jugak dengan Prof Ethic, kena banyak membaca dah menghafal. Event kalau tak paham, kalau boleh hafal dah kira boleh score dah.
Exam Statistic merangkumi seluruh bab dari awal hingga habis. Sementara Prof Ethic dan HRM hanya akan merangkumi 60% bab yang terakhir. Apa yang aku kena buat sekarang, dengan masa yang tinggal tak sampai 3 minggu adalah, aku kena bersedia dari sekarang.
Secara keseluruhannya, jadual exam aku OK dengan gap 3-4hari untuk setiap subjek. Kira bertuah la aku. Kalau macam ni pun aku tak bersyukur dan mengambil kesempatan, aku pun tak tau la. Dan semua exam jatuh pada waktu pagi. Jadi, 2 hari bekerja aku kena ambil cuti separuh hari.
Secara keseluruhannya, jadual exam aku OK dengan gap 3-4hari untuk setiap subjek. Kira bertuah la aku. Kalau macam ni pun aku tak bersyukur dan mengambil kesempatan, aku pun tak tau la. Dan semua exam jatuh pada waktu pagi. Jadi, 2 hari bekerja aku kena ambil cuti separuh hari.
Tapi, sabtu ahad ni aku busy plak dengan kenduri akikah kat kampung mertua. Apa nak buat, buat la apa yang mampu. Ini lah akibat kalau jadi pelajar berkeluarga, bekerja dan bermasyarakat. Dengan 1 assignment yang tak siap2.. apa laaaa nak jadi ni.. Sem 6 lepas tak mampu memberi pengajaran untuk aku.
Ya Allah.. berikan aku hidayah mu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan