Memaparkan catatan dengan label Exam/Result. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Exam/Result. Papar semua catatan

Khamis, 3 Januari 2013

Amaran

Ini adalah amaran yang aku dapat ketika mengemaskini slip online pada semester 7 yang mana pointer sem aku jatuh bawah 2.00;
 
NOTIS PENTING  BAGI PELAJAR YANG MENCAPAI PNG/PNGK ( GPA / CGPA)
KURANG 2.00  SELEPAS PEPERIKSAAN SESUATU SEMESTER )
PERINGATAN 
AMARAN DEKAN DAN NASIHAT FAKULTI

Saudara/saudari,
 
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 
 
Kami merasa amat prihatin dan terpanggil untuk mengingatkan saudara/saudari bahawa capaian Purata Nilai Gred (PNG) / Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) saudara/saudari untuk semester yang terkini adalah kurang daripada 2.00.
 
Sebagaimana termaktub di dalam peraturan prestasi akademik,  saudara/saudari dengan ini diletakkan dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dengan Amaran.
 
Selama Tempoh Pemerhatian Akademik,  saudara/saudari perlu menumpukan lebih perhatian dan usaha terhadap pengajian dan memperbaiki PNG dan/atau PNGK kepada capaian 2.00 atau lebih pada semester berikutnya.
 
Untuk membantu memperbaiki PNG/PNGK saudara/saudari,  kami mencadangkan langkah-langkah berikut:
  • (a) Mendaftar dan menduduki semula peperiksaan bagi kursus-kursus yang  mendapat gred di bawah gred C pada semester berikutnya tertakluk kepada peraturan untuk menduduki semula peperiksaan; dan/atau,
  • (b) Mendaftar semula kursus pada semester berikutnya sekiranya gred masih berada di bawah gred C selepas mengulang semula peperiksaan.
  • (c) Mendaftar kurang dari jumlah maksimum kursus yang dibenarkan di semester berikutnya untuk mengurangkan beban pembelajaran ; dan/atau
  • (d) Memaksimakan kegunaan Perpustakaan Digital dan perpustakaan awam untuk bacaan dan rujukan agar cemerlang dalam tugasan dan peperiksaan ; dan/atau
  • (e) Menyertai kumpulan belajar (study group); dan/atau
  • (f) Mendapatkan khidmat kauseling  akademik  dan pembelajaran berkaitan melalui cara berikut :
    • Pengarah, Pusat Pembelajaran (untuk khidmat kaunseling secara bersemuka)
    • Unit Kaunseling U di Kuala Lumpur pada waktu pejabat (untuk khidmat kaunseling secara bersemuka)
    • Menghubungi Unit Kaunseling melalui emel atau telefon.
    • Perkhidmatan E-kaunseling di MyVLE
    • Menghubungi pihak pentadbiran Fakulti melalui E-CRM di dalam MyVLE yang akan memanjangkan kes saudara/saudari kepada Dekan atau pegawai yang bertanggungjawab di Fakulti Akademik.
Jika saudara/saudari berusaha bersungguh-sungguh dan mengambil langkah-langkah yang disarankan, kami yakin bahawa kemungkinan untuk memperbaiki PNG/PNGK adalah cerah.
 
Mohon ambil perhatian bahawa pelajar yang mendapat PNG dan/atau PNGK kurang dari 2.00 secara konsisten pada tiap semester, boleh ditamatkan daripada program pengajian masing-masing. 
 
Sekira PNGK pada semester terakhir adalah kurang dari 2.00, saudara/saudari adalah tidak layak untuk bergraduat daripada program pengajian.
 
Maklumat lanjut tentang peraturan berkenaan prestasi akademik dan kelayakan bergraduat boleh diperolehi daripada Buku Panduan Pelajar.  
 
Kami  mengucapkan selamat maju jaya dalam pengajian.
 
DEKAN FAKULTI,
3-Jan-13

Yang aku ikut adalah "(b) Mendaftar semula kursus pada semester berikutnya sekiranya gred masih berada di bawah gred C selepas mengulang semula peperiksaan." dan  "(c) Mendaftar kurang dari jumlah maksimum kursus yang dibenarkan di semester berikutnya untuk mengurangkan beban pembelajaran". Tambahan pula aku telah menangguh semester Sept 2012. Harapan aku akan OK lepas masuk balik sem Jan'13 ni.

Assignment & Exam

Telah diumumkan juga beberapa perkara yang melibatkan assesment,

26hb Feb - 10 Mac : Penghantaran Tugasan Online.

30hb Mac - 17hb Apr : Final Exam

Untuk yang melibatkan borang-borang atau perkara yang tak diduga boleh lihat pada tarikh di bawah.


Yang pernah aku pakai adalah UKR06 (Add & Drop Course), UKR07 (Withdraw Course), dan UKR10 (Defer Sem).

Rabu, 21 November 2012

Exam Result Sem May'13

Hah.. tuh dia result aku...



Tengok kat remarks dia; "Gred yang diberikan bagi pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akhir semester tanpa memberi sebab. " Memang betul aku tak sit satu final exam pun..
 
PNG terus drop dari 2.53 ke 2.26.. huhu.. beerti dari 57jam kredit hanya 45jam sahaja di kira kredit manakala lagi 12 jam iaitu 4 subject masih GAGAL. Hebat jugak, masih lagi bertahan dalam 2 pointer above walaupun sudah tergolek dop dalam 2 sem. Apa nak jadi la aku ni.

Jumaat, 6 Julai 2012

Jadual Exam Sem 8: May'12

Jadual exam telah pun lama keluar sejak 22hb June. Walaupun aku dah tau tarikh dia keluar dari reminder rakan-rakan facebook, aku buat tak tahu je kat event yang penting ni. Hati aku dah tak ke arah study aku. Semangat aku ntah ke mana. Puas aku carik ke mana dia berjumpa tapi still tak berjumpa.

Pun begitu aku dah download jadual exam pada 2hb June tapi aku still tak go through in detail. Dalam masa yang sama aku download juga slip menduduki periksa. Kalau takde slip ni tak bole amik exam.

Dan sekarang baru aku nak go in detail. Dan ringkasannya;

ELEMENTARY STATISTIC - 1 Ogos Rabu pagi 8:30pagi - 11:00pagi
PROFESIONAL ETHIC - 4hb Ogos Sabtu 8:30pagi - 11:00pagi
HUMAN RESOURCES MANAGEMENT - 9 Ogos Khamis 8:30pagi - 11:00pagi

So komen aku; baru aku tahu yang exam start lagi 3 minggu. Huhu.. dengan permulaan paper ELEMENTARY STATISTIC yang aku anggap senang pada mulanya tapi sekarang menjadi payah sebab aku sedikit pun tak sentuh bab-bab yang lain selain yang kena mengena ngan assignment. Aku dah janji pada diri aku kena strike A pada subjek ni. Aku mesti!

Profesional Ethis ni membuatkan kepala aku biol. Payah sangat nak masuk bab-bab teori ni. Lagi lah dalam bahasa English. So far aku tengok U ni bagi soalan exam yang senang. Tapi akibat study last minit, point utama atau key word yang senang-senang menajadi payah. Jadi aku kena start membaca, membaca dan membaca.

HRM ni aku pernah amik dah. So sama jugak dengan Prof Ethic, kena banyak membaca dah menghafal. Event kalau tak paham, kalau boleh hafal dah kira boleh score dah.

Exam Statistic merangkumi seluruh bab dari awal hingga habis. Sementara Prof Ethic dan HRM hanya akan merangkumi 60% bab yang terakhir. Apa yang aku kena buat sekarang, dengan masa yang tinggal tak sampai 3 minggu adalah, aku kena bersedia dari sekarang.

Secara keseluruhannya, jadual exam aku OK dengan gap 3-4hari untuk setiap subjek. Kira bertuah la aku. Kalau macam ni pun aku tak bersyukur dan mengambil kesempatan, aku pun tak tau la. Dan semua exam jatuh pada waktu pagi. Jadi, 2 hari bekerja aku kena ambil cuti separuh hari.

Tapi, sabtu ahad ni aku busy plak dengan kenduri akikah kat kampung mertua. Apa nak buat, buat la apa yang mampu. Ini lah akibat kalau jadi pelajar berkeluarga, bekerja dan bermasyarakat. Dengan 1 assignment yang tak siap2.. apa laaaa nak jadi ni.. Sem 6 lepas tak mampu memberi pengajaran untuk aku.

Ya Allah.. berikan aku hidayah mu!

Sabtu, 26 Mei 2012

Official Result Sem 6: CGPA 2.57 (GPA : 0.89)

Assalamulaiakum…

Semalam result sem 6 sudah pun keluar. Itupun selepas balik keja, aku dapat sms dari seorang kawan. Seperti yang aku jangkakan di posting sebelum ni, aku akan mendapat result seperti yang diduga. Kurang lagi 0.19 iaitu 4.7% dibandingkan dengan 4 pointer. So aku tak maw nak komen banyak pasal pointer aku kerana sebab musababnya adalah datang dari aku sendiri. Aku yang nak result macam ni, so tepuk dada tanya selera.


Partial transcript GPA : 0.89
Aku nak komen benda lain. Pihak U memang menepati janji dengan mengeluarkan result sebelum T2. Lagi satu dalam buku dorang ada bgtau result keluar dalam masa 6 mggu selepas last final exam. Aku nampak dah 2 sem dorang keluar 4 mggu selepas final exam. Syabas aku ucapkan.

Next action.. adakah aku akan meneruskan keinginan aku untuk menambahkan lagi paper untuk sem ni iaitu menambah repeat final exam paper (final) seperti yang aku war-warkan sebelum ni? Kalau ya, aku kena bank in lagi RM100 sebelum 4hb/Jun ni.. (final date)

Khamis, 17 Mei 2012

Result S7-I

Lanjutan dari S6-III aku telah menyusun semula result S7-I seperti di bawah;


  1. Membuat repeat final exam paper HRM untuk memperbaiki gred dari C ke B+
  2. Menyusun paper yang bakal di ambil pada sem 8; PENGAJIAN ISLAM (PI), BUSINESS RESEARCH METHOD (BRM) dan PRINSIPLES OF MACROECONOMICS (MACRO). Paper-paper ini adalah common juga untuk subjek BMM yang aku pernah discuss sebelum ni.
  3. Aku juga perlu membuat perancangan untuk 2 subjek yang baru sahaja FAIL (OB dan FMII). Buat masa sekarang aku nak lupakan 2 subjek ni dan menumpukan subjek yang baru.
  4. Untuk sem 9 juga aku terpaksa melupakannya buat seketika. Cukup la sampai sem 8 untuk aku menghabiskan semua subjek common.
Kemungkinan juga dalam sem 7 ni aku akan membuat pengulangan lagi sekali ke atas subjek E4WC yang aku tak ambil paper repeat final exam nya pada sem lepas. Tarikh akhir untuk mengulang adalah awal bulan depan dan sem ni adalah sem terakhir untuk aku ulang final exam tuk paper ni.

Result revision S6-III

Tiba-tiba hari ni baru aku teringat yang aku kena updatekan gred result untuk sem 7. Apa target gred yang aku akan dapat. Sementara tuh ia ada kaitan juga dengan gred untuk subjek-subjek yang bakal aku ambil untuk sem 8 dan seterusnya.

Dari awal S6-II, aku jangkakan CGPA aku akan berubah dari S5 : 2.76 ke 3.02 tetapi sebaliknya melalui firasat di atas, aku akan mengalami penurunan ke 2.57.

Ini disebabkan perubahan berikut;
  1. Untuk revision S6-II, sebelum ni aku target akan mendapat B dalam Organisational Behaviour (OB) sementara B+ dalam Financial Management II (FMII). Sekarang walaupun result rasmi belum keluar, aku menjangkakan result akan begini; F bagi kedua-dua result.
  2. Dalam S6-II, aku telah membuat 2 paper repeat final exam tetapi sebetulnya aku hanya mengambil 1 paper saja (Entreprenurship) sementara 1 paper lagi (Eng for Written Comm) aku wat dunno je. So aku jangka subjek ENT akan berubah dari D ke B+ dan EWC akan kekal ke gred lama C.

S6-II vs S6-III

Tengok la betapa teruknya sem 6 yang aku alami. Ntah aku pun tak tau kenapa aku jadi terlalu teruk untuk sem lepas. Mungkin aku nak mencabar diri sendiri. Keputusan rasmi akan keluar dalam beberapa hari. Aku pasrah dengan apa yang telah aku lakukan.

Pas nih aku nak semula pencaturan aku untuk sem 7 dan sem 8 seperti yang aku rancang.

Selasa, 24 April 2012

CGPA until sem 5

Ini adalah result sehingga sem ke 5 dan target sem 6. Tengok la result aku yang makin lama makin teruk. Sedey betul.

Sem 1 : 3.11
Sem 2 : 3.06 (-0.05)
Sem 3 : 2.77 (-0.29)
Sem 4 : 2.67 (-0.10)
Sem 5 : 2.76 (+0.09) selepas repeat subject dari F mendapat C



Kenapa CGPA aku turun?? Setiap semester ada kisah-kisahnya tersendiri.