Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Khamis, 3 Januari 2013

Amaran

Ini adalah amaran yang aku dapat ketika mengemaskini slip online pada semester 7 yang mana pointer sem aku jatuh bawah 2.00;
 
NOTIS PENTING  BAGI PELAJAR YANG MENCAPAI PNG/PNGK ( GPA / CGPA)
KURANG 2.00  SELEPAS PEPERIKSAAN SESUATU SEMESTER )
PERINGATAN 
AMARAN DEKAN DAN NASIHAT FAKULTI

Saudara/saudari,
 
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 
 
Kami merasa amat prihatin dan terpanggil untuk mengingatkan saudara/saudari bahawa capaian Purata Nilai Gred (PNG) / Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) saudara/saudari untuk semester yang terkini adalah kurang daripada 2.00.
 
Sebagaimana termaktub di dalam peraturan prestasi akademik,  saudara/saudari dengan ini diletakkan dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dengan Amaran.
 
Selama Tempoh Pemerhatian Akademik,  saudara/saudari perlu menumpukan lebih perhatian dan usaha terhadap pengajian dan memperbaiki PNG dan/atau PNGK kepada capaian 2.00 atau lebih pada semester berikutnya.
 
Untuk membantu memperbaiki PNG/PNGK saudara/saudari,  kami mencadangkan langkah-langkah berikut:
  • (a) Mendaftar dan menduduki semula peperiksaan bagi kursus-kursus yang  mendapat gred di bawah gred C pada semester berikutnya tertakluk kepada peraturan untuk menduduki semula peperiksaan; dan/atau,
  • (b) Mendaftar semula kursus pada semester berikutnya sekiranya gred masih berada di bawah gred C selepas mengulang semula peperiksaan.
  • (c) Mendaftar kurang dari jumlah maksimum kursus yang dibenarkan di semester berikutnya untuk mengurangkan beban pembelajaran ; dan/atau
  • (d) Memaksimakan kegunaan Perpustakaan Digital dan perpustakaan awam untuk bacaan dan rujukan agar cemerlang dalam tugasan dan peperiksaan ; dan/atau
  • (e) Menyertai kumpulan belajar (study group); dan/atau
  • (f) Mendapatkan khidmat kauseling  akademik  dan pembelajaran berkaitan melalui cara berikut :
    • Pengarah, Pusat Pembelajaran (untuk khidmat kaunseling secara bersemuka)
    • Unit Kaunseling U di Kuala Lumpur pada waktu pejabat (untuk khidmat kaunseling secara bersemuka)
    • Menghubungi Unit Kaunseling melalui emel atau telefon.
    • Perkhidmatan E-kaunseling di MyVLE
    • Menghubungi pihak pentadbiran Fakulti melalui E-CRM di dalam MyVLE yang akan memanjangkan kes saudara/saudari kepada Dekan atau pegawai yang bertanggungjawab di Fakulti Akademik.
Jika saudara/saudari berusaha bersungguh-sungguh dan mengambil langkah-langkah yang disarankan, kami yakin bahawa kemungkinan untuk memperbaiki PNG/PNGK adalah cerah.
 
Mohon ambil perhatian bahawa pelajar yang mendapat PNG dan/atau PNGK kurang dari 2.00 secara konsisten pada tiap semester, boleh ditamatkan daripada program pengajian masing-masing. 
 
Sekira PNGK pada semester terakhir adalah kurang dari 2.00, saudara/saudari adalah tidak layak untuk bergraduat daripada program pengajian.
 
Maklumat lanjut tentang peraturan berkenaan prestasi akademik dan kelayakan bergraduat boleh diperolehi daripada Buku Panduan Pelajar.  
 
Kami  mengucapkan selamat maju jaya dalam pengajian.
 
DEKAN FAKULTI,
3-Jan-13

Yang aku ikut adalah "(b) Mendaftar semula kursus pada semester berikutnya sekiranya gred masih berada di bawah gred C selepas mengulang semula peperiksaan." dan  "(c) Mendaftar kurang dari jumlah maksimum kursus yang dibenarkan di semester berikutnya untuk mengurangkan beban pembelajaran". Tambahan pula aku telah menangguh semester Sept 2012. Harapan aku akan OK lepas masuk balik sem Jan'13 ni.

Khamis, 6 Disember 2012

Reg Jan'13 - Strategy

Alhamdulillah,
 
Registration menu dah di buka selepas RM22 yang masih tertunggak dibayar pada hari semalam. Subjek yang di offer;
 
 
Semuanya lebih kepada teori dan banyak membaca yang boleh membuatkan aku kecundang dengan teruk. Maka aku perlulah menyusun semula subjek-subjek ni dengan subjek yang lain. Seperti biasa aku pun bukak la semula senarai keseluruhan paper yang belum di ambil dan jugak paper yang fail.
 
Belum di ambil;
MPW2143 PENGAJIAN ISLAM
BBRC4103 RESEARCH METHODOLOGY
BBEK4203 PRINCIPLES OF MACROECONOMICS
BBED4103 E-COMMERCE
BBPS4103 STRATEGIC MANAGEMENT
BBNG3103 INTERNATIONAL BUSINESS
BBKN3103 BUSINESS COMMUNICATION
BBUS2103 COMPANY LAW
OUMH2203 ENGLISH FOR WORKPLACE COMMUNICATION
 
Gagal;
BBTP3103 INFORMATION TECHNOLOGY FOR MANAGEMENT
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOR
BBPW3203 FINANCIAL MANAGEMENT II
SBST1303 ELEMENTARY STATISTICS
OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS 
 
Maka aku pun mula la menyelak semula posting yang lepas. Nasib baik ada blog aku ni. Maka aku pun pergi jenguk semula kat posting bulan BBA vs BMM ni.. Dalam tuh aku ada senaraikan subjek seperti di bawah;
 
Sem 6 (result belum keluar tp fail punya)
15. FINANCIAL MANAGEMENT II
16. ORGANISATIONAL BEHAVIOR

Sem 7
17. PROFESSIONAL ETHICS
18. ELEMENTARY STATISTICS

Sem 8
19. MALAYSIAN STUDIES
20. BUSINESS RESEARCH METHOD
21. PRINCIPLES OF MACROECONOMICS
 
Ikutkan semasa sem 8 yang aku tangguh tu aku nak register MALAYSIAN STUDIES, BUSINESS RESEARCH METHOD dan PRINCIPLES OF MACROECONOMICS. Maka aku rasa patut la aku teruskan aja niat aku ni. Tapi kali ni biarlah aku mulakan dulu dengan dua (2) subjek jer. Aku tak mahu peristiwa berulang kembali di mana aku geram kat diri aku sendiri sampai aku terus ambil paper semaksimum dan akhirnya termakan diri.
 
Maka dengan itu aku akan memilih MALAYSIAN STUDIES dan PRINCIPLES OF MACROECONOMICS dulu. Lepas tengok result untuk dua subject ni, baru aku akan mengorak strategi seterusnya.
 
Alhamdulillah
 

Rabu, 11 Julai 2012

2nd Register - Tangguh semester?

Hari ni bermula semula pendaftaran bagi kali kedua untuk semua kawasan learning center sehingga 15hb/July. Adakah aku tetap dengan keputusan untuk menangguhkan semester atau aku teruskan dengan pendaftaran dua subjek sahaja?

Aku dah tanya dua orang sahabat karib aku yang sama belajar. Kedua-duanya mengatakan aku perlu menangguhkan semester aku dari terus berlanjutan dengan perkara yang sama: Result makin teruk.

Sekarang aku ini di ibarat seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak. Register subjek tapi kelas tak pegi, usaha tak buat. Akhirnya keputusan kecundang. Ntah mana silapnya aku ni. Apa yang aku tengok setiap kursus belajar yang aku pernah ambil, akan ada masa gelap selepas separuh perjalanan. Dari Matrikulasi, Degree (kantoi), Diploma (tak lengkap) sebelum ni, dan sekarang berbalik pada  BBA, usaha aku ternyata di sekerat jalan. Aku perlu mencari sesuatu untuk di jadikan batu loncatan.

So keputusannya? Tangguh semester. Muktamad! Jumpa semula di semester Jan'13.

Rabu, 20 Jun 2012

Semangat Yang Hilang – XPDC

Jika engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku disana
Diufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Di dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Disana kejujuran

Semarak impian
Segunung harap dipulang
Usah diragukan
Keupayaan diri

Hati yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita hilang

Semangat yang hilang
Kita cari pulang

Semarak impian
Segunung harap dipulang
Usahlah diragukan
Keupayaan sendiri

Hati yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita yang hilang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar dia berkesan
Di lubuk hati terpendam

Di dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Disana kejujuran

Semarak impian
Segunung harap dipulang
Usah diragukan
Keupayaan diri

Hati yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita hilang

Semangat yang hilang
Kita cari pulang

Semarak impian
Segunung harap dipulang
Usahlah diragukan
Keupayaan sendiri

Hati yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita yang hilang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar dia berkesan
Di lubuk hati terpendam

Ahad, 10 Jun 2012

Statistik: Buku Teks Tambahan

Disebabkan nak dapat A punya pasal dan forum yang kurang menyengat, aku telah membeli buku teks tambahan untuk subjek ELEMENTARY STATISTIC. Pencarian aku bermula dengan bertolaknya aku ke kedai popular selepas aku habis kelas T2 pada pukul 12:30tghari.

Dari buku Math ke Add Math SPM, aku rasa terlalu sedikit topik yang dicover. Hanya 10% dari Math SPM dan lagi 10% dari Add Math SPM. Tak berbaloi aku membeli kedua buku teks dengan setiap nya hanya cover 10%. Kemudian aku pergi ke rak buku Math STPM. Tak percaya pulak aku bila melihat STPM untuk Mathematic T paper 2 merangkumi 50% topik yang aku belajar. Berikut adalah 3 topik dari 4 topik yang ada dalam buku teks tersebut.

Topik 5-8 merangkumi Subjek Statistic yang aku ambil

Dari kedai buku Popular aku pergi survey ke kedai buku Thai Kwang. Aku tengok tak la banyak buku STPM yang ada bebanding Popular tapi Ahamdulillah buku-buku STPM mempunyai diskaun 20% dan ada juga buku yang sama kat Popular. Dengan berbudgetkan tidak lebih dari RM50, aku pun mengambil 3 buku.

Ketiga-tiga buku berharga hampir RM50.00

Inilah buku-buku teks tersebut. Buku pertama adalah untuk student STPM, buku kedua adalah untuk Matriculation dan yang terakhir adalah soalan-soalan tahunan STPM yang sudah dan ramalan yang akan datang. Jumlah harga RM46.05. Itupun selepas aku dapat diskaun 20%. Kalau tak mau RM55 aku kena bayar.

Aku pun balik dengan harapan aku akan bukak buku ni. Tapi disebabkan kekangan masa, aku hanya bawak ke hulur-hilir buku ni dan hanya menyelak-nyelak tanpa ada satu apa ilmu pun yang melekat kat kepala ni.

Alahai...

Dua Minggu yang Hilang

POSTING PERTAMA UNTUK JUNE.

Agak terkilan jugak diri aku bila tiba-tiba aku berhenti follow up study terutama blog study aku sendiri. Sebaliknya aku terpesong ke blog arnab aku. Masa 2 minggu tanpa update itu agak lama. Dalam masa yang sama tidak banyak juga perkara yang berlaku sejak mendapat result GPA sem 7 : 0.89 pada 26/May.


T1 YANG FAIL

Aku gagal menghadiri kelas pertama (T1) aku pada 27hb May (Ahad) yang lepas. Atas alasan aku terlalu mengikut kehendak hati. Bermula dengan perjalanan aku ke PutraJaya pada Jumaat 25hb May, ke Bangi menghadiri sessi dialog dengan Presiden pada Sabtu 26hb/May, kemudian balik melaka menghadiri majlis kenduri seorang rakan lama PTT sehingga lewat pada keesokan harinya, aku gagal untuk bangun pagi menghadiri kelas T1.

Aku terkedu dengan tindakan aku. Apakah aku masih berada di takuk lama?


KEHADIRAN T2 YANG MENGECEWAKAN

Atas alasan T1 aku yang gagal, maka pada 10hb Jun, aku hadirkan diri ke kelas kedua (T2). Atas alasan "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih", kali ni aku bertolak dari rumah mak mertua aku dari parit sulong bermula pukul 7pagi. Aku tau aku akan lewat 30min ke kelas, dan pada aku kali ini tiada alasan untuk tidak menghadirkan diri ke kelas.

Memang betul aku sampai kelas sekitar 8:30pagi. Dari luar cermin pintu kelihatan 5-6 orang rakan kelas sedang tunjuk menghadap buku. Aku masuk tiada siapa kat depan, dan bertanya pada salah seorang pelajar. "Tutor tak datang, dia baru bagitau. Akan ada kelas ganti yang akan di beritahu kelak". Hampa.

Aku terus pergi ke kedai mamak pekena teh ngn roti kosong. Aku sambung termenung di kelas yang kosong menanti slot kedua pada pukul 10:15 untuk kelas Pfrofesional Ethic. Aku telefon rakan sekelas aku, tak angkat. Maybe dia sedang memandu. Aku off-kan no Celcom aku tu, menggantikan no Maxis Internet.


BLACKLISTED TUTOR SEM7

Slot kedua pun tiba, kelihatan ramai la jugak student dalam sekitar 10 orang. Masuk seorang tutor. Memulakan pelajaran agak kelam kabut sedikit. Mengatakan pukul 8 pagi tadi dia ada buat kelas ganti awal tapi tiada siapa ayng hadir. Sudah di beritahu pada kaunter LC, dalam hati aku, takde nampak pun announcement di portal. Alasan je tutor ni.

Dia on kan slaid, mulakan pembelajaran. Dari awal sampai akhir, banyak bercakap, merapu. Pada hemat aku, aku kena BLACK LIST TUTOR ni bermakna aku takkan datang kelas dia ni lagi. Baik baca buku sendiri. Malas aku nak pikir banyak. Terpaksa la aku tunggu dia bercakap sampai habis masa kelas dia. Kitorang habis seawal 15 min. Lega.

Aku blah menuju ke kedai Buku Popular dan Thai Kwang nak cari buku Teks untuk subjek Statistik aku. Nanti aku ceritakan pasal buku teks ni yang agak menarik jugak.

Khamis, 17 Mei 2012

Subjek Teori vs Subjek Matematik

Dalam Analysis Strength, Weakness, Opurtinities & Threat (SWOT), Pengiraan la S aku. Pernah dulu e-tutor aku memberikan tunjuk ajar macamana nak gunakan SWOT. Dari T pegi ke O, dari O ke W terus ke T. Macam jugak orang kata "make pressure as your friend" seperti menjadikan T ke O dan terus ke S. Memang betul la apa yang cikgu aku bagitau. Dan aku perlu ikut cakap dia.

Kalau di imbas kembali sejarah masa aku belajar dulu-dulu, memang aku ni jenis seorang yang kuat memori. Sejak dari sekolah rendah, aku hanya belajar seperti budak-budak yang lain. Ada time main, ada time tido, ada time makan. Tetapi result periksa tak pernah mengecewakan mak bapak aku.

Apabila aku meningkat remaja, di sekolah menengah, baru aku sedar tahap penerimaan aku ke atas subjek-subjek yang di ambil. Aku ni jenis orang yang tak boleh menerima teori semata-mata. Daya pemikiran aku memang takkan lekat jika teori tidak dipraktikkan.

Maka subjek seperti Bahasa Malaysia, Inggeris, Sejarah dan subjek teori yang lain mendapat tempat yang tercorot dalam diri aku. Manakala subjek Sains seperti Fizik, Kimia dan Matematik menjadi keutamaan dalam mendapatkan keuputusan yang cemerlang. Tak lupa jugak aku meminati Seni Grafik dan Kejuruteraan.

Subjek Matematik

Sekarang aku berada di dalam Degree Business Admin. Selepas 6 semester aku tempuh, aku tersedar yang pogram ini hanya mempunyai kurang subjek pengiraan. Walaupun begitu, result yang aku dapat untuk subjek pengiraan boleh dikatakan cemerlang. 
  1. MATHEMATIC IN MANAGEMENT - A
  2. MANAGEMENT ACCOUNTING - A
  3. PRICIPLES OF MICROECONOMICS - B
  4. FINANCIAL ACCOUNTING - B
  5. FINANCIAL MANAGEMENT I - B-
  6. FINANCIAL MANAGEMENT II - F sebab peribadi
  7. ELEMENTARY STATISTIC - baru di ambil sem 7 ni. Target A

Subjek Teori.

Aku rasa BBA yang aku ambil ni hampir 80% adalah teori. Dan aku tengok jika aku tak berusaha mengatasi kelemahan aku terhadap subject ni, ia akan menjadi kanser. Dalam masa aku nak hampir menghabiskan pogram BBA aku, ia akan merebak dan menjangkit dari satu subjek ke subjek lain. Dan hasilnya lihat je la sem 6. Aku lupa.


Kesimpulan

Kalau mengikut cara aku belajar, subjek pengiraan hanya perlu di buat latihan banyak kali. Disebabkan pengiraan adalah S aku, maka aku perlu menjadikan dia sebagai faktor untuk memusnahkan W. Manakalah segala T akan ku ubah menjadi O. Dari O dan W aku kumpulkan untuk menjadi S. Dan dari S aku terus maju dan berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Insya Allah.

Rabu, 16 Mei 2012

Sem 7: Starts foruming

Seperti biasa, tiap-tiap hari aku bukak portal mencari sesuatu yang menarik. Dan hari ini ada satu dari 2 subjek yang aku ambil semester ni sudah dibuka untuk perbincangan. Aku sudah pun memulakan 1st posting di dalam subjek Profesional Ethic dengan mengucapkan Salam Perkenalan.



Seperti biasa, apa yang aku harapkan semangat awal semester akan berlanjutan hingga ke hujung semester.

Dan aku masih menunggu favourite subjek aku ELEMENTARY STATISTIC untuk bukak forum. Dalam masa yang sama, aku tengok ada sorang mamat dah post macam-macam soalan general. Tengok gaya persembahan macam bagus je mamat ni. Maybe tak sebulu ngan aku je. OK la, plan aku, kalau dah ok untuk posting nanti, buat sementara aku posting ikut cara aku je la.. buat latihan dulu, tak paham baru tanya..

Dan disebabkan forum tak boleh posting lagi, aku ingat nak e-mail jawapan soalan pertama aku yang dah siap tuh ke e-tutor untuk diperiksa. Amcam, OK tak?

Ahad, 13 Mei 2012

Bila Nak Start Baca Buku ni?

Aduh.. aduh.. aduh... bila aku nak start baca buku ni? Ikutkan segala bahan dah ada.. module, ebook, past year paper, assignment Q. Tinggal aku je yang belum mengsetkan pemikiran aku ke arah sem 7 yang cemerlang.

2 subjek; 1 teori, 1 calculation takkan aku nak biarkan ianya terus menjadi seperti sem 6 yang ntah apa-apa ntah. OK.. sekarang aku kat pt sulong... anak aku dah tido.. esok aku nak keja, kepala pun sengal dari semalam... ntah apa kena ngan kepala aku ni. Baik aku balik bemban, ringan-ringankan kepala aku.

Minggu ni aku kena mulakan. Assingment dateline aku tak silap dalam awal bulan 7. Masa memang cepat berlalu, so aku kena bertindak awal.. !

Chiow.!

Rabu, 9 Mei 2012

BBA vs BMM

Masa awal-awal sebelum aku decide furter study, aku telah membuat 3 pilihan U. Dari 3 ni aku pilih yang terbaik. Dan selepas aku pilih yang terbaik baru aku study contains subjek nya. Dan aku telah pun memilih BBA. Antara sebab aku tengok dia takde tesis atau industrial training atau projek. Lagipun ia memang kena dengan keja aku sekarang ni.

Disebabkan keputusan CGPA aku yang semakin menurun tiap-tiap semester, dalam semester 5 aku telah mengreview semula program BBA yang aku ambil ni dengan mencari kekuatan aku sebagai alasan. Baru aku perasan pihak U ada mengnawarkan program baru yang menarik minat aku. Maka keluar la perbandingan yang aku buat seperti di bawah di antara Business Admin (BBA) dan Math Managament (BMM).


Aku telah menyusun perbandingan di antara kedua-dua program. Sebanyak 21 subjek (63jam kredit) yang overlap. 62% untuk BBA dan 60% untuk BMM. Untuk itu aku telah membuat keutamaa subjek yang perlu di habiskan seperti di bawah;

Sem 1 - 5
1. BAHASA KEBANGSAAN A
2. PENGAJIAN ISLAM
3. PRINCIPLES OF MANAGEMENT
4. MANAGEMENT ACCOUNTING
5. FINANCIAL ACCOUNTING
6. PRINCIPLES OF MICROECONOMICS
7. HUMAN RESOURCE MANAGEMENT
8. MARKETING MANAGEMENT 1
9. MARKETING MANAGEMENT II
10. FINANCIAL MANAGEMENT 1
11. LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS
12. ENGLISH FOR WRITTEN COMMUNICATION
13. ENGLISH FOR ORAL COMMUNICATION
14. ENTREPRENEURSHIP

Sem 6 (result belum keluar tp fail punya)
15. FINANCIAL MANAGEMENT II
16. ORGANISATIONAL BEHAVIOR

Sem 7
17. PROFESSIONAL ETHICS
18. ELEMENTARY STATISTICS

Sem 8
19. MALAYSIAN STUDIES
20. BUSINESS RESEARCH METHOD
21. PRINCIPLES OF MACROECONOMICS

So ada dua kes aku kena pilih;

PILIHAN 1: Aku terus menghabiskan seperti susunan di atas. Bila dah tiba sem 8 dan abis semua 21 subjek overlap ni baru aku fikir nak tukar pogram ke tidak.

PILIHAN 2:  Aku tetap menghabiskan BBA dengan keputusan yang hanya memuaskan sahaja. Kemudian aku ambil 2nd Degree under BMM yang syaratnya tidak boleh lebih dari satu pertiga (33%) credit transfer iaitu 33 jam kredit (11 subjek).

Untuk pengetahuan, sebelum aku buat benda ni aku telah mengambil 2 subjek BBA yang tak overlap di dalam sem 2 iaitu
1. MATHEMATICS FOR  MANAGEMENT dan
2. BUSINESS LAW

Mesti terpikir kan kenapa aku nak tukar pogram? Alasan aku senang, aku tak suka teori, tapi aku suka kira-kira. So tengok jer la BBA vs BMM. Berbaloi kan kalau aku menggunakan kekuatan aku nih. Tp kalau aku amik Pilihan 2, aku akan ada 2 degree;

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS  [ BBA ]
BACHELOR OF MATHEMATICS AND MANAGEMENT WITH HONOURS  [ BMM ]

Lain macam je bunyi kan kedua-dua degree ni. Degree pertama aku ambil dengan kos RM 20,000 tp degree kedua aku ambil dengan kos kurang 33% iaitu RM 13,400 selama 2 tahun setengah sahaja. Total RM 33,400. Duit takde masalah kalau nak carik ilmu. Lagi pun kalau aku ada 2 degree orang akan pandang semacam je kan. Belum lagi tambah Master ke PhD. Hahaha.

Amacam? OK tak? Boleh ka? Dah nama pun LIFE LONG LEARNER.. tak salah aku buat pembelajaran sepanjang hayat kan.

Ahad, 29 April 2012

Meminimumkan Yuran dan Kegunaan EPF

Ada dua keadaan di mana korang dapat memaksimumkan keuntungun dalam belajar mengikut cara aku ni.

1. Meminimumkan kerugian EPF.

Untuk yuran pengajian, aku menggunakan EPF. EPF ni aku keluarkan sekali setiap semester bermakna setakat ni sudah 6 kali aku keluarkan. Ada orang tanya kenapa aku tak keluarkan sekaligus untuk sepanjang kursus atau sekurang-kurangnya setahun tempoh pengajian. Takkan la korang tak leh pikir, keluar banyak maka baki korang kurang la, pastuh dividen tahunan korang tak dapat banyak.

Sebagai contoh korang ada RM50,000 dlm EPF, RM20K korang keluarkan sekali gus untuk belajar dlm masa 4 tahun, baki tinggal RM30K, dividen plak 5% tetiap tahun, secara kasarnya korang akan rugi RM10K nya dividen selama 4 tahun iaitu RM10K X 5% X 4 tahun = RM 2,000. Banyak tuh. Tapi cuba kalau korang keluarkan RM 5K setiap tahun tengok plak mcmana dividen dia kira.

Tahun pertama : Baki RM 15K x 5% = RM750
Tahun kedua : Baki RM 10K x 5% = RM500
Tahun ketiga : Baki RM 5K x 5% = RM250
Tahun keempat : Baki RM 0K x 5% = RM0
Total RM 1,500*

*pengiraan secara kasar, kalau nak detail boleh rujuk kat Subject Fianncial Management I : Time Value of Money
  
So kat sini korang untung RM500 la kan. Cuba pulak korang kuarkan sekali setiap semester dan 3 kali dalam setahun. Korang kira la sendiri. Malas aku tunjuk. Korang akan nampak nilai keuntungan itu semakin bertambah.

2. Meminimumkan Yuran Pendaftaran.

Pihak U ada memberikan 10% Diskaun dengan syarat;
1. Tiada yuran tertunggak pada semester sebelumnya dan
2. Menyelesaikan semua yuran pada semester yang di ambil sebelum Tutorial Pertama.

So kalau gunakan cash diskaun ni, untuk sepanjang tempoh pengajian, aku boleh menjimatkan lebih kurang sebanyak RM1,500 yuran pengajian. Itu pun korang kena pandai monitor akaun statement dalam portal. Caranya senang jer tapi kena rajin la usaha sikit.

Pertama, bayar yuran minimum (biasanya 40% dari jumlah keseluruhan semester) dengan menggunakan duit sendiri pada hari pendaftaran/ambil module. Kalau tak cukup yuran minimum, memang tak leh amik module. Lepas daftar, biasanya payment kita akan update pada keesokan hari bekerja. Pastuh tunggu portal kita sudah di upload dengan subject yang telah didaftarkan untuk langkah seterusnya.

Kedua, selepas portal telah diupdatekan, payment pun dah update dalam akaun statement, charge pun telah di tolak dalam akaun statement, baru pegi mintak surat akaun pendaftaran pada semester tersebut. Mintak pun pakai portal je. Tak payah telepon, buat buang duit je. Biasanya dua ke tiga hari dorang akan reply yang surat tuh dah dipos. Untuk mengelakkan portal di lock, dalam masa yang sama pergi setelkan baki yuran perdaftaran berdasarkan baki pada akaun statement semasa sebelum T1. Ini juga untuk memastikan kita mengikut syarat kedua dalam mendapatkan diskaun 10%.

Ketiga, selepas itu korang ambil kedua-dua resit yang dah bayar pakai duit sendiri tu, pegi claim balik kat EPF. Tempoh masa claim ni dalam masa 2-3 hari je dah dapat. Biasanya aku suh dorang creditkan dalam akaun bank aku. Dari cara kedua aku ni, aku jangkakan aku dapat menjimatkan lagi RM1,500. Dan setakat sem 6 ni aku telah mendapat cash diskaun sebanyak RM 813. Banyak tak? Sapa kata tak banyak, bagi la aku... huhu..


Aku tau, masing-masing dengan cara sendiri. Tapi inilah cara aku walaupun orang kata buat penat je tiap semester isi form, buat masa ulang alik, mintak surat akaun, chop sana sini, follow up menggila, pada aku tepuk dada tanya selera la.

Khamis, 26 April 2012

Sem 7: Mencetak E-Book (Module)

Semalam 25/04/2012, semasa waktu rehat, aku dah mula mencetak e-book untuk module sem 7. Aku dapat cetak pun 1 module. Yelah, hujung-hujung bulan ni ko tau-tau je la, busy semacam. So mari kita tengok persedian module pembelajran mengikut cara aku.

1. Mula-mula e-book di cetak dengan setting 2 muka setiap muka surat dan depan belakang

2. Kemudian aku binding pakai stapler je.
Antara kertas module tu aku letakkan kertas kadbod supaya tak mudah koyak dan tahan lama

3. Periksa jugak stapler tuh.
Kadang-kadang module tebal sangat tak tembus.
Aku guna stapler size besar. 

4. Biasanya aku akan pecahkan module jadi 2 set.
Set 1 cover 40% topik awal. Set 2 cover 60% topik terakhir.

5. Pastuh kena tuliskan la apa2 yang patut. Kang tak tulis menjajau ko carik.
Aku buat macam ni sebab sayangkan module aku. Sayang nak conteng atau biarkan dia buruk. Lagipun module aku cetak ni dah jadi separuh ketebalan dari module asal, ringan dan mudah di bawa ke mana-mana. Selalunya module ni aku lipat dua. Sudah jadi separuh saiz. Aku masukkan dalam aala-ala handbag supaya senang dibawa kemana-mana.

Ikutkan cara aku ni ramai student tak ikut. Setakat ni sorang je aku nampak ikut cara aku. Tp budak tuh pun dah tak nampak sejak sem 3. Dengar cerita dia quit. Yang peliknya jugak, bila aku bawak module ni, selalu budak tanya "versi BM ke?". Cis.. asyik2 benda tuh dorang tanya.. takde ke benda lain. So nak tiru cara aku ni pun apa salahnya kan.. Masing-masing ada cara sendiri. Ini la cara aku.

Hari ni aku nak sambung print module ke 2.

Sabtu, 21 April 2012

Mukadimah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku buat lagi satu blog khas untuk perjalanan pembelajaran aku. Walaupun aku sudah berada di tengah-tengah tahun pengajian iaitu baru sahaja habis peperiksaan semester ke 6 pada petang tadi, dan akan masuk semester ke tujuh dalam masa satu bulan lagi, aku rasa tak salah aku wujudkan blog ini untuk menceritakan perjalanan Pengajian Jarak Jauh (PJJ) aku yang berbaki lagi 6 semester (Insya Allah).

Blog ini juga aku wujudkan atas sebab strategi terbaru aku untuk membaiki prestasi aku yang semakin merundum teruk dari satu semester ke satu semester.

Aku harap dengan wujudnya blog ni, aku takkan alpa atau lupa sebaliknya aku boleh fokus di jalan yang betul dengan membelek-belek coretan yang telah aku buat dalam blog ini. Yang semestinya apa yang aku belajar aku perlu praktikkan di mana saja untuk menjadikan pembelajaran kita sentiasa wujud dalam diri kita dan pada masa akan datang.

Moga Allah memberkati sedikit usaha yang aku telah lakukan ini. Insya Allah.