Memaparkan catatan dengan label Tugasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tugasan. Papar semua catatan

Khamis, 5 Julai 2012

1st Assignment Submission



Alhamdulillah.. aku dah submit 1 assignment. Dah terlepas 1 beban. Tinggal la satu yang aku belum buat apa-apa lagi ni.. Minta di permudahkan ya Allah. lagi 4 hari sahaja! 9hb last due

Khamis, 17 Mei 2012

Assignment : Elementary Statistic Part IV (90%!)

Alhamdulillah, setakat malam tadi sebelum aku tido, perkembangan Tugasan 1 aku sudah hampir 90%!. Wow! Hampir tak percaya. Seperti yang aku katakan sebelun ni aku hanya stuck kat dua soalan jer.

Memandangkan forum pun belum boleh posting (sehingga posting ini di taip), aku pun tak boleh nak posting pertanyaan kat e-tutor, jadi dua soalan ni aku kena mintak bantuan dari wife aku yang juga seorang guru matematik sekolah menengah. Aku dah tanya wife aku, memang dia ada mengajar bab statistik yang melibatkan mean, mode, median dan histrogram. Alhamdulillah sekali lagi. Bukan tak pandai tapi dah banyak skill matematik dalam bab statistik ni yang aku dah lupa.

Pasni aku boleh tumpukan kat Assignment II aku untuk subjek Profesional Ethic.


Rabu, 16 Mei 2012

Assignment : Elementary Statistic Part III (< 75%)

Untuk tugasan 1, Soalan 2 aku baru 25% siap. Maknanya total sudah 75% siap la.. :).


Then aku rasa aku stuck pulak kat soalan ni;

c) Find the percentage of teenagers who spent at least 1.0 hour and at most 2.1 hours.
d) How many teenagers spent less than 30 minutes at the cybercafé daily?


Maybe aku lepaskan dulu, aku pergi ke soalan seterusnya iaitu mencari mean, mode dan median. By malam ni, mean, mode dan median ni aku rasa dah boleh dapat dah.

Alhamdulillah, setakat ni usaha aku konsisten. Moga konsisten sampai hujung sem ni.

Selasa, 15 Mei 2012

Assignment : Elementary Statistic Part II (< 50%)

Alhamdulillah.. setakat 2 hari ni aku dah hampir menghabiskan 1 dari 2 soalan yang dikemukakan dalam assignment ni. Bermakna dah hampir 50% siap!.

Tadi masa kat ofis selepas aku posting blog, sudah 25% siap. Aku pun tak percaya.
Ni la jawapan aku untuk graf soalan 1 (b).



Aku rasa dalam hujung minggu kalau aku maintain macam ni, boleh siap Insya Allah. Tapi yang tak bestnya, forum kat portal tak on-on lagi.. Apa celop? Takkan aku terus siap assignment ni, baru portal nak on? OK.. OK.. kalau siap yang ni pun, ada assignment kedua yang perlu disiapkan..

Esok pagi kat opis aku akan sambung buat soalan 2 dalam Tugasan 1 ni.

Assignment : Elementary Statistic Part I (5%)

Alhamdulillah. Semalam aku dah mula buat tugasan. Dimulakan dengan subjek Elemetary Statistic. Seperti biasa cover page senang je buat. Pastuh draft Table of Contents (TOC).

Table of Contents Draft


Punya la aku seronok buat assignment ni disebabkan favourtite subjek. Tapi on the way aku nak buat je kira-kira, kalkulator aku pulak tak jumpa. Ntah hilang ke mana. Aku suspek tertinggal kat ofis tp bila aku check pagi ni kat ofis takde pulok. Mana la pegi nya kalkulator ni.

Aku nak kira gunakan "log" function. Ikutkan malam tadi aku boleh gunakan kalkulator backup dari wife aku. Tp bila tengok dah dekat pukul 12 tgh malam, aku kensel je la. Aku tutup buku, tido.

Malam tadi aku rasa aku dah cover 5% progress jer. Malam ni aku nak sambung lagi. Hopefully 20%. Aku nak assignment ni siap sebelum T1.. Pergh! itu hari target T2.. la ni T1 pulak..

Insya Allah, Usaha, doa tawakkal... Mesti menjadi!

Khamis, 10 Mei 2012

S7: Assignment Q

Ini adalah soalan tugasan untuk semester ini.


ELEMENTARY STATISTIC

Soalan subjek ni aku dah bukak dan baca awal-awal.


Soalan ni aku tengok lebih kepada soalan matematik masa aku tingkatan 5. Cuma aku kena refresh dan recall semula. Bagi aku yang suka kira-kira ni, nampak macam senang kan. So aku target before T2 on 10/06/2012. Fuh! Hebat gila dalam masa sebulan dah siap. Insya Allah, aku akan ikut. Kalau tak, takkan wujudnya blog aku ni.


PROFESIONAL ETHICS

Yang ni pulak soalan tugasan untuk subjek teori aku;



Macam biasa, setiap tugasan telah pun di beri kriteria/topic/rubric yang tersendiri untuk di panjangkan oleh setiap pelajar. Secara ringkasnya setiap point adalah seperti berikut.

1. Pengenalan
2. Huraian
3. Analisis
4. Saranan
5. Ringkasan

Pelajar kena la ikut 5 point ni. Nak tengok panjang ke pendek ke point ni, kena tengok pada markahnya. So kena la pandai-pandai aku goreng sampai rengup. Jgn sampai hangus udah la ye... .

Aku target seminggu sebelum closing date, assignment ni pulak dah siap! (pergh! hebat tul plan aku, at the end hancus!)

Untuk memastikan semua plan di ikut, aku akan update time frame aku kat blog ni.

Assignment Question - Instruction and Evaluation

Malam tadi aku dapat SMS dari seorang rakan mengatakan yang soalan tugasan telah pun di uploadkan di portal. Disebabkan portal baru update, agak susah juga untuk mencari soalan tugasan ni. Nasib baik rakan ni telah mencarinya sendiri dan menerangkan langkah-langkah untuk mencari soalan tugasan ni.

Macam dah main nyorok-nyorok pulak.

1. Buka portal
2. Klik pada subjek
3. Klik pada announcement
4. Dalam announcement tu ada post seperti gambar kat bawah;


5. Klik dan download soalan tugasan tersebut.

Maka aku pun download la soalan tugasan. Disebabkan aku daftar 2 subjek maka aku dapat 2 soalan tugasan.

Seperti biasa, di bawah ini adalah syarat-syarat yang dikepilkan setiap kali soalan tugasan keluar;


Aku rasa macam ada perubahan. Tapi aku malas nak abca dengan teliti. Hahaha..