Tadi aku baru login semula portal U. Punyalah lama aku tak jenguk kat website tuh.
"your last login was on Friday 21st September 2012 05:17:30 PM"
2 bulan beb.. Apa yang membuat aku nak online sebab biasanya aku terkejar-kejar untuk mendapatkan pendaftaran yang pertama apabila semester baru bakal di buka. Biasanya 2 bulan sebelum sem baru bukak dah kena daftar awal, sekarang dah bulan 11, bermakna dah sebulan aku terlepas.
Check punya check memang betul aku dah terlepas daftar tuk sem depan. Pendaftaran kali pertama adalah pada 26hb Okt - 18hb Nov. Ada pendaftaran kali kedua pada 1hb - 9hb Dec. Dia punya terma macam kat bawah ni,
Kepada pelajar yang TIDAK membuat pendaftaran pada Pendaftaran Atas Talian Pertama (1st Online), pelajar boleh membuat pendaftaran dalam tempoh ini.
Bagaimanapun, pelajar yang mendaftar pada tempoh ini akan dianggap MENDAFTAR LEWAT dan akan menerima modul mengikut tarikh "2nd Collection".
Tarikh "2nd Collection" adalah selepas Tutorial 2 (T2).
Pelajar yang mendaftar dalam tempoh ini juga akan dikenakan PENALTI PENDAFTARAN LEWAT sebanyak RM100.00
Tapi yang tak best byer dah kena denda lewat daftar RM100 pulak. Entah bila dia buat syarat macam ni tak pulak aku tau. Sebelum ni takde pulak dia mention kena denda pada daftar kedua. Aku rasa starts sem Jan'13 baru dia buat syarat mcm ni. Apa la U aku ni semuanya nak duit.
Then kalau selepas 2nd daftar, baru nak daftar, dia punya syarat macam ni.
Mana-mana pelajar yang TIDAK melengkapkan pendaftaran dalam kedua-dua tempoh yang dinyatakan di atas, mereka masih dibenarkan untuk mendaftar TETAPI tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
Pelajar akan dikenakan penalti pendaftaran lewat RM100.00 dan
Pelajar tidak akan dibekalkan dengan modul 'hardcopy'. Pelajar perlu menggunakan version 'softcopy' yang disediakan dalam MyVLE. Namun begitu, pelajar boleh membeli modul 'hardcopy' di Pusat Pembelajaran dengan harga RM30/sebuah tetapi tertakluk kepada stok modul yang ada di Pusat pembelajaran.
Untuk mendaftar, pelajar perlu mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Pentadbir di Pusat Pembelajaran masing-masing.
Pun yang ni syarat baru. Tengok tuh, RM30 permodul tuh duit lagi.. Sebelum ni dia kata sape yang tak daftar di anggap sem akan datang dia tertangguh pengajian dan perlu daftar pada sem berikutnya.
Apa pun boleh lah...
Yang pasti aku kena selongkar balik folder-folder dalam komputer aku ni.. kena refresh my mind tuk sem akan datang. Strategi baru macam mana nak lepas kan assignment, sit exam and answer properly seterusnya mendapat result yang terbaik.
Tapi aku dah habis semester berapa ek? Sem depan sem berapa pulak? huhu..