Pilih punya pilih akhirnya subjek yang ditawarkan jugak terpaksa di pilih.
1. E-COMMERCE
2. PRINCIPLES OF MACROECONOMICS
Ini disebabkan untuk memilih subject selain yang ditawarkan, ia telah dikategorikan sebagai "add subject". Dan "add subject" ini mempunyai tempoh iaitu perlu dilakukan dari 26hb Oct 2012 sehingga 13hb Nov 2012. Bila di lihat semula pada jadual sem Jan'13, tempoh ini adalah semasa pendaftaran pertama dan ternyata aku sudah lama terlepas. Sakitnya hati aku.
Tapi takpe la. Think positive!. E-commerce lebih kepada IT dan Macro lebih kepada economic. Kira OK la kombinasi subject ni. Dah lepas register, maka keluar lah charge yuran Jan'13;
1. Exam for sem 1 session 2013 - RM 60
2. Tuition Fee for sem 1 session 2013 - RM 900
3. Re-registration for sem 1 session 2013 - RM 120
Total RM 1,080.00
RM470 perlu dilangsaikan untuk mendapatkan module. Selebihnya RM 710 yang sudah termasuk dengan denda lewat RM100 perlu habis di bayar sebelum T1 untuk mendapatkan 10% diskaun.
Sementara jadual waktunya adalah seperti berikut;
1. SLOT 1 08:00AM - 10:00AM = E-COMMERCE
2. SLOT 2 10:15AM - 12:15PM = PRINCIPLES OF MACROECONOMICS
Yang slot 1 tuh aku dah takde pilihan lain kerana itulah jela slot yang ada pada sem depan. Dan secara automatik aku terpaksa pilih slot 2 untuk mengelakkan masa terluang di study center.