Khamis, 3 Januari 2013

Amaran

Ini adalah amaran yang aku dapat ketika mengemaskini slip online pada semester 7 yang mana pointer sem aku jatuh bawah 2.00;
 
NOTIS PENTING  BAGI PELAJAR YANG MENCAPAI PNG/PNGK ( GPA / CGPA)
KURANG 2.00  SELEPAS PEPERIKSAAN SESUATU SEMESTER )
PERINGATAN 
AMARAN DEKAN DAN NASIHAT FAKULTI

Saudara/saudari,
 
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 
 
Kami merasa amat prihatin dan terpanggil untuk mengingatkan saudara/saudari bahawa capaian Purata Nilai Gred (PNG) / Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) saudara/saudari untuk semester yang terkini adalah kurang daripada 2.00.
 
Sebagaimana termaktub di dalam peraturan prestasi akademik,  saudara/saudari dengan ini diletakkan dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dengan Amaran.
 
Selama Tempoh Pemerhatian Akademik,  saudara/saudari perlu menumpukan lebih perhatian dan usaha terhadap pengajian dan memperbaiki PNG dan/atau PNGK kepada capaian 2.00 atau lebih pada semester berikutnya.
 
Untuk membantu memperbaiki PNG/PNGK saudara/saudari,  kami mencadangkan langkah-langkah berikut:
  • (a) Mendaftar dan menduduki semula peperiksaan bagi kursus-kursus yang  mendapat gred di bawah gred C pada semester berikutnya tertakluk kepada peraturan untuk menduduki semula peperiksaan; dan/atau,
  • (b) Mendaftar semula kursus pada semester berikutnya sekiranya gred masih berada di bawah gred C selepas mengulang semula peperiksaan.
  • (c) Mendaftar kurang dari jumlah maksimum kursus yang dibenarkan di semester berikutnya untuk mengurangkan beban pembelajaran ; dan/atau
  • (d) Memaksimakan kegunaan Perpustakaan Digital dan perpustakaan awam untuk bacaan dan rujukan agar cemerlang dalam tugasan dan peperiksaan ; dan/atau
  • (e) Menyertai kumpulan belajar (study group); dan/atau
  • (f) Mendapatkan khidmat kauseling  akademik  dan pembelajaran berkaitan melalui cara berikut :
    • Pengarah, Pusat Pembelajaran (untuk khidmat kaunseling secara bersemuka)
    • Unit Kaunseling U di Kuala Lumpur pada waktu pejabat (untuk khidmat kaunseling secara bersemuka)
    • Menghubungi Unit Kaunseling melalui emel atau telefon.
    • Perkhidmatan E-kaunseling di MyVLE
    • Menghubungi pihak pentadbiran Fakulti melalui E-CRM di dalam MyVLE yang akan memanjangkan kes saudara/saudari kepada Dekan atau pegawai yang bertanggungjawab di Fakulti Akademik.
Jika saudara/saudari berusaha bersungguh-sungguh dan mengambil langkah-langkah yang disarankan, kami yakin bahawa kemungkinan untuk memperbaiki PNG/PNGK adalah cerah.
 
Mohon ambil perhatian bahawa pelajar yang mendapat PNG dan/atau PNGK kurang dari 2.00 secara konsisten pada tiap semester, boleh ditamatkan daripada program pengajian masing-masing. 
 
Sekira PNGK pada semester terakhir adalah kurang dari 2.00, saudara/saudari adalah tidak layak untuk bergraduat daripada program pengajian.
 
Maklumat lanjut tentang peraturan berkenaan prestasi akademik dan kelayakan bergraduat boleh diperolehi daripada Buku Panduan Pelajar.  
 
Kami  mengucapkan selamat maju jaya dalam pengajian.
 
DEKAN FAKULTI,
3-Jan-13

Yang aku ikut adalah "(b) Mendaftar semula kursus pada semester berikutnya sekiranya gred masih berada di bawah gred C selepas mengulang semula peperiksaan." dan  "(c) Mendaftar kurang dari jumlah maksimum kursus yang dibenarkan di semester berikutnya untuk mengurangkan beban pembelajaran". Tambahan pula aku telah menangguh semester Sept 2012. Harapan aku akan OK lepas masuk balik sem Jan'13 ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan