Januari 2013 sudah tiba maka aku pun akan bergelar semula sebagai seorang student yang mengambil Sarjana Muda (Bachelor) Pentadbiran Perniagaan selepas 4 bulan menangguh semester. Banyak perkara yang terlepas dan banyak juga perkara yang bakal aku lakukan. Semuanya perlu di setkan kembali supaya memasuki laluan yang sebetulnya. Sem Jan ini akan ku panggil Sem 8 kerana sem 8 itu hari telah ku tunda ke sem ini.
Kewangan.
Berdasarkan rekod akaun terkini aku mempunyai lebihan RM528. Inipun selepas RM 500 telah dibankin di BSN pada 31hb Dec untuk menyelesaikan bayaran minimum supaya module boleh diambil ketika 1st collection pada 6hb. Tetapi bagi kes aku yang register pada "2nd Collection", bermakna bayaran aku ini tak diperlukan untuk 1st collection.
Selepas ini aku perlu menyelesaikan lagi
RM552 dari yuran RM1080
RM100 denda lewat.
RM50 yuran kerana tidak mendaftar (atas alasan pihak U terpaksa menanggung kos portal yang masih boleh diakses walaupun student tak mendaftar).
Jumlah yang perlu di tambah adalah RM702. Ianya perlu di selesaikan sebelum T1 iaitu pada Sabtu 2hb Feb.
Tuntutan dari EPF
Untuk tuntutan dari EPF, aku mencadangkan supaya tiada sebarang tuntutan untuk semester ini berdasarkan rekod pengajian aku yang paling buruk. Aku akan menuntut semula yuran semester pada semester May akan datang berdasarkan keputusan pada sem Jan ini.
Berdasarkan rekod, aku telah membuat tuntutan EPF sebanyak 6 kali iaitu selama 6 semester. Cuma semester ke 7 sahaja aku tidak menuntut EPF atas alasan slip RM700 aku hilang.
Pendaftaran & Pengambilan Module
Pendaftaran untuk sem Jan adalah pada 6hb Jan. Disebabkan aku daftar jatuh pada "2nd Collection" bermakna aku tak perlu hadirkan diri pada 6hb. Aku akan datang saja LC pada T1 (3hb Feb).Aku pun dah confirmkan dengan LC yang aku tak payah datang untuk register 6hb/Jan ni apatah lagi ambil module yang tak akan aku dapat. Yang penting bayaran semua aku kenal settlekan. Aku akan ambil module pada T2 17hb Feb.
Tarikh Toturial
T1 - Ahad, 3hb Feb 2013
T2 - Ahad, 17hb Feb 2013
T3 - Ahad, 3hb Mac 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan