Rabu, 21 November 2012

Keputusan tangguh sem

Itu hari aku ada post pasal permohonan online pertama aku mengenai tangguh semester. Dalam e-form tuh ada 2 section. Section A mengandungi data berikut yang di isi secara auto,

Name :
Programme :
Learning Centre :
NRIC No. :
Matric No. :

Intake : MEI 2010
Current Semester : MAY 2012

Postal Address :
Telephone (Home) :
Telephone (Office) :

Handphone/Mobile :

Email :
 


Section B pula mengandungi data berikut.

Section B

REASON FOR DEFERRING STUDIES
I wish to apply to defer my studies for the semester SEPTEMBER for year 2012 because CANNOT COPE WITH STUDIES.

I will register again for semester JANUARY year 2013.
Date : September 14, 2012, 5:40 pm


Ni lah jawapan yang di beri oleh e-service atas permohonan tangguh semester Sept'12 . Ntah bila dia reply aku pun tak tau.

Application Status : PERMOHONAN ANDA DILULUSKAN
Note : SILA SEMAK PENGUMUMAN PENDAFTARAN ONLINE BAGI SEMESTER JAN2013 SEKITAR BULAN OKTOBER & MEMBUAT PEMBAYARAN MINIMUM SEBELUM TARIKH AKHIR PENDAFTARAN.
 



Yang pastinya aku dah terlepas register sem depan. Kena la bayo denda RM100 dan ambil modul pada T2.

Latest login

Tadi aku baru login semula portal U. Punyalah lama aku tak jenguk kat website tuh.
 
"your last login was on Friday 21st September 2012 05:17:30 PM"
 
2 bulan beb.. Apa yang membuat aku nak online sebab biasanya aku terkejar-kejar untuk mendapatkan pendaftaran yang pertama apabila semester baru bakal di buka. Biasanya 2 bulan sebelum sem baru bukak dah kena daftar awal, sekarang dah bulan 11, bermakna dah sebulan aku terlepas.
 
Check punya check memang betul aku dah terlepas daftar tuk sem depan. Pendaftaran kali pertama adalah pada 26hb Okt - 18hb Nov. Ada pendaftaran kali kedua pada 1hb - 9hb Dec. Dia punya terma macam kat bawah ni,
 
  • Kepada pelajar yang TIDAK membuat pendaftaran pada Pendaftaran Atas Talian Pertama (1st Online), pelajar boleh membuat pendaftaran dalam tempoh ini.
  • Bagaimanapun, pelajar yang mendaftar pada tempoh ini akan dianggap MENDAFTAR LEWAT dan akan menerima modul mengikut tarikh "2nd Collection".
  • Tarikh "2nd Collection" adalah selepas Tutorial 2 (T2).
  • Pelajar yang mendaftar dalam tempoh ini juga akan dikenakan PENALTI PENDAFTARAN LEWAT sebanyak RM100.00
 
Tapi yang tak best byer dah kena denda lewat daftar RM100 pulak. Entah bila dia buat syarat macam ni tak pulak aku tau. Sebelum ni takde pulak dia mention kena denda pada daftar kedua. Aku rasa starts sem Jan'13 baru dia buat syarat mcm ni. Apa la U aku ni semuanya nak duit.
 
Then kalau selepas 2nd daftar, baru nak daftar, dia punya syarat macam ni.
 
  • Mana-mana pelajar yang TIDAK melengkapkan pendaftaran dalam kedua-dua tempoh yang dinyatakan di atas, mereka masih dibenarkan untuk mendaftar TETAPI tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
    • Pelajar akan dikenakan penalti pendaftaran lewat RM100.00 dan
    • Pelajar tidak akan dibekalkan dengan modul 'hardcopy'. Pelajar perlu menggunakan version 'softcopy' yang disediakan dalam MyVLE. Namun begitu, pelajar boleh membeli modul 'hardcopy' di Pusat Pembelajaran dengan harga RM30/sebuah tetapi tertakluk kepada stok modul yang ada di Pusat pembelajaran.
  • Untuk mendaftar, pelajar perlu mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Pentadbir di Pusat Pembelajaran masing-masing.
Pun yang ni syarat baru. Tengok tuh, RM30 permodul tuh duit lagi.. Sebelum ni dia kata sape yang tak daftar di anggap sem akan datang dia tertangguh pengajian dan perlu daftar pada sem berikutnya.
 
Apa pun boleh lah...
 
Yang pasti aku kena selongkar balik folder-folder dalam komputer aku ni.. kena refresh my mind tuk sem akan datang. Strategi baru macam mana nak lepas kan assignment, sit exam and answer properly seterusnya mendapat result yang terbaik.
 
Tapi aku dah habis semester berapa ek? Sem depan sem berapa pulak? huhu..

Jumaat, 14 September 2012

Daftar Tangguh Semester

Dah lama aku tak post kat blog study aku ni...

Hari ni baru aku proceed untuk mendaftar Tangguh Semester.

Kita tunggu keputusannya sebab ini adalah kali pertama aku register perkara ni.

Moga dipermudahkan segala urusan aku. Insya Allah

Rabu, 11 Julai 2012

2nd Register - Tangguh semester?

Hari ni bermula semula pendaftaran bagi kali kedua untuk semua kawasan learning center sehingga 15hb/July. Adakah aku tetap dengan keputusan untuk menangguhkan semester atau aku teruskan dengan pendaftaran dua subjek sahaja?

Aku dah tanya dua orang sahabat karib aku yang sama belajar. Kedua-duanya mengatakan aku perlu menangguhkan semester aku dari terus berlanjutan dengan perkara yang sama: Result makin teruk.

Sekarang aku ini di ibarat seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak. Register subjek tapi kelas tak pegi, usaha tak buat. Akhirnya keputusan kecundang. Ntah mana silapnya aku ni. Apa yang aku tengok setiap kursus belajar yang aku pernah ambil, akan ada masa gelap selepas separuh perjalanan. Dari Matrikulasi, Degree (kantoi), Diploma (tak lengkap) sebelum ni, dan sekarang berbalik pada  BBA, usaha aku ternyata di sekerat jalan. Aku perlu mencari sesuatu untuk di jadikan batu loncatan.

So keputusannya? Tangguh semester. Muktamad! Jumpa semula di semester Jan'13.

Jumaat, 6 Julai 2012

Jadual Exam Sem 8: May'12

Jadual exam telah pun lama keluar sejak 22hb June. Walaupun aku dah tau tarikh dia keluar dari reminder rakan-rakan facebook, aku buat tak tahu je kat event yang penting ni. Hati aku dah tak ke arah study aku. Semangat aku ntah ke mana. Puas aku carik ke mana dia berjumpa tapi still tak berjumpa.

Pun begitu aku dah download jadual exam pada 2hb June tapi aku still tak go through in detail. Dalam masa yang sama aku download juga slip menduduki periksa. Kalau takde slip ni tak bole amik exam.

Dan sekarang baru aku nak go in detail. Dan ringkasannya;

ELEMENTARY STATISTIC - 1 Ogos Rabu pagi 8:30pagi - 11:00pagi
PROFESIONAL ETHIC - 4hb Ogos Sabtu 8:30pagi - 11:00pagi
HUMAN RESOURCES MANAGEMENT - 9 Ogos Khamis 8:30pagi - 11:00pagi

So komen aku; baru aku tahu yang exam start lagi 3 minggu. Huhu.. dengan permulaan paper ELEMENTARY STATISTIC yang aku anggap senang pada mulanya tapi sekarang menjadi payah sebab aku sedikit pun tak sentuh bab-bab yang lain selain yang kena mengena ngan assignment. Aku dah janji pada diri aku kena strike A pada subjek ni. Aku mesti!

Profesional Ethis ni membuatkan kepala aku biol. Payah sangat nak masuk bab-bab teori ni. Lagi lah dalam bahasa English. So far aku tengok U ni bagi soalan exam yang senang. Tapi akibat study last minit, point utama atau key word yang senang-senang menajadi payah. Jadi aku kena start membaca, membaca dan membaca.

HRM ni aku pernah amik dah. So sama jugak dengan Prof Ethic, kena banyak membaca dah menghafal. Event kalau tak paham, kalau boleh hafal dah kira boleh score dah.

Exam Statistic merangkumi seluruh bab dari awal hingga habis. Sementara Prof Ethic dan HRM hanya akan merangkumi 60% bab yang terakhir. Apa yang aku kena buat sekarang, dengan masa yang tinggal tak sampai 3 minggu adalah, aku kena bersedia dari sekarang.

Secara keseluruhannya, jadual exam aku OK dengan gap 3-4hari untuk setiap subjek. Kira bertuah la aku. Kalau macam ni pun aku tak bersyukur dan mengambil kesempatan, aku pun tak tau la. Dan semua exam jatuh pada waktu pagi. Jadi, 2 hari bekerja aku kena ambil cuti separuh hari.

Tapi, sabtu ahad ni aku busy plak dengan kenduri akikah kat kampung mertua. Apa nak buat, buat la apa yang mampu. Ini lah akibat kalau jadi pelajar berkeluarga, bekerja dan bermasyarakat. Dengan 1 assignment yang tak siap2.. apa laaaa nak jadi ni.. Sem 6 lepas tak mampu memberi pengajaran untuk aku.

Ya Allah.. berikan aku hidayah mu!

Khamis, 5 Julai 2012

Melepaskan Register I Sem 8

Dalam aku berfikir-fikir tentang study aku yang tunggang langgang dan motivasi diri yang tak keruan, samada sengaja atau tidak, aku telah melepaskan waktu mendaftar bagi negeri melaka untuk sem 8. Tarikh bermula nya daftar pada 23hb Jun tempoh hari telah pun tamat pada 28hb July.


Ikutkan hati aku mahu sahaja aku menangguhkan sem 8 aku selama satu semester (4 bulan) dan akan kembali belajar pada Jan'13.

Aku masih ada peluang lagi untuk mendaftar sem 8 pada 11hb Jul hingga 15hb July.

Dan hati aku masih berkira-kira seperti tempoh hari untuk ujian ulangan gred C. Akhirnya aku tak mendaftar peperiksaan membaiki gred C tersebut.

1st Assignment Submission



Alhamdulillah.. aku dah submit 1 assignment. Dah terlepas 1 beban. Tinggal la satu yang aku belum buat apa-apa lagi ni.. Minta di permudahkan ya Allah. lagi 4 hari sahaja! 9hb last due