Khamis, 6 Disember 2012

Reg Jan'13 - Strategy

Alhamdulillah,
 
Registration menu dah di buka selepas RM22 yang masih tertunggak dibayar pada hari semalam. Subjek yang di offer;
 
 
Semuanya lebih kepada teori dan banyak membaca yang boleh membuatkan aku kecundang dengan teruk. Maka aku perlulah menyusun semula subjek-subjek ni dengan subjek yang lain. Seperti biasa aku pun bukak la semula senarai keseluruhan paper yang belum di ambil dan jugak paper yang fail.
 
Belum di ambil;
MPW2143 PENGAJIAN ISLAM
BBRC4103 RESEARCH METHODOLOGY
BBEK4203 PRINCIPLES OF MACROECONOMICS
BBED4103 E-COMMERCE
BBPS4103 STRATEGIC MANAGEMENT
BBNG3103 INTERNATIONAL BUSINESS
BBKN3103 BUSINESS COMMUNICATION
BBUS2103 COMPANY LAW
OUMH2203 ENGLISH FOR WORKPLACE COMMUNICATION
 
Gagal;
BBTP3103 INFORMATION TECHNOLOGY FOR MANAGEMENT
BBGO4103 ORGANISATIONAL BEHAVIOR
BBPW3203 FINANCIAL MANAGEMENT II
SBST1303 ELEMENTARY STATISTICS
OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS 
 
Maka aku pun mula la menyelak semula posting yang lepas. Nasib baik ada blog aku ni. Maka aku pun pergi jenguk semula kat posting bulan BBA vs BMM ni.. Dalam tuh aku ada senaraikan subjek seperti di bawah;
 
Sem 6 (result belum keluar tp fail punya)
15. FINANCIAL MANAGEMENT II
16. ORGANISATIONAL BEHAVIOR

Sem 7
17. PROFESSIONAL ETHICS
18. ELEMENTARY STATISTICS

Sem 8
19. MALAYSIAN STUDIES
20. BUSINESS RESEARCH METHOD
21. PRINCIPLES OF MACROECONOMICS
 
Ikutkan semasa sem 8 yang aku tangguh tu aku nak register MALAYSIAN STUDIES, BUSINESS RESEARCH METHOD dan PRINCIPLES OF MACROECONOMICS. Maka aku rasa patut la aku teruskan aja niat aku ni. Tapi kali ni biarlah aku mulakan dulu dengan dua (2) subjek jer. Aku tak mahu peristiwa berulang kembali di mana aku geram kat diri aku sendiri sampai aku terus ambil paper semaksimum dan akhirnya termakan diri.
 
Maka dengan itu aku akan memilih MALAYSIAN STUDIES dan PRINCIPLES OF MACROECONOMICS dulu. Lepas tengok result untuk dua subject ni, baru aku akan mengorak strategi seterusnya.
 
Alhamdulillah
 

Rabu, 5 Disember 2012

Register Jan'13 problem!

Seperti yang di tunggu, 2nd register telah pun dibuka pada 1hb Dec Sabtu lepas. Kali ni memang kompem aku kena penalti daftar lewat RM100. Apa nak jadi jadilah. Hasrat untuk mendapatkan segulung ijazah mesti diteruskan. Tapi masa 1hb, aku ada kat kampung mertua. Walaupun aku dah ada brodband Maxis yang didaftar atas nama isteri aku, tapi disebabkan line 3G tak dapat, terpaksa la aku tangguh daftar online. Masa kat rumah aku je lah aku daftar nanti.
 
Lepas aku balik dari kampung, pada 2hb Dec dengan penuh semangat aku pun buka la portal untuk register sem Jan'13. Perkara pertama yang aku nak tengok adalah subject yang dia tawarkan pada aku untuk sem kali ni. Tup tup hati aku tersentak bila aku terlihat notice ni.
 
"From our records, you have not settled your outstanding fees."
 
Pendaftaran aku kena blok! Cis.. aku terlupa la pulak pasal RM22 tempoh hari yang masih berbaki dalam account statement aku. Dah jadi satu hal pulak aku kena buat. Terpaksa la aku menyetelkan RM22 ni dulu, baru dia bukak regstration sem aku.
 
Hari ni Rabu 5hb baru la aku ada masa nak pergi bank tuk mendepositkan RM22 ni. Itupun aku terbangun lewat dan rasa malas nak pergi kerja. Daripada aku mengejar masa, aku masuk sekerat hari kerja. Terus aku masukkan RM50 ke BSN untuk akaun U aku. Nanti akaun aku akan menunjukkan lebihan RM28 la. Dan pastinya esok aku akan tengok semula dan pastikan menu register aku dah OK. Kalau tak OK gak aku kena serang finance U aku.
 
Semua kena settel sebelum hari terakhir register pada Ahad 9hb Dec. Kalau tak dengan modul2 pun aku tak dapat. Hampeh!

Ini pulak Financial Satus aku yang ada kat menu register
 

Rabu, 21 November 2012

Exam Result Sem May'13

Hah.. tuh dia result aku...



Tengok kat remarks dia; "Gred yang diberikan bagi pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akhir semester tanpa memberi sebab. " Memang betul aku tak sit satu final exam pun..
 
PNG terus drop dari 2.53 ke 2.26.. huhu.. beerti dari 57jam kredit hanya 45jam sahaja di kira kredit manakala lagi 12 jam iaitu 4 subject masih GAGAL. Hebat jugak, masih lagi bertahan dalam 2 pointer above walaupun sudah tergolek dop dalam 2 sem. Apa nak jadi la aku ni.

Tarikh Penting Sem Jan'13

Ni adalah tarikh penting untuk sem Jan'13.


Setakat ni takde komen sebab kepala belum betul-betul reboot.

SYARAT MINIMUM GRED LULUS

Pengumuman dari Registar.


SYARAT MINIMUM GRED LULUS KURSUS PROGRAM PRA SISWAZAH  Monday, October 08, 2012

Kepada Semua Pelajar Pra Siswazah,

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Akademik Universiti (MJPAU) Siri 12/2012 bertarikh 12 Jun 2012 telah memutuskan bahawa syarat minimum lulus kursus bagi semua kursus KECUALI kursus-kursus MQA adalah GRED D.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Keputusan tangguh sem

Itu hari aku ada post pasal permohonan online pertama aku mengenai tangguh semester. Dalam e-form tuh ada 2 section. Section A mengandungi data berikut yang di isi secara auto,

Name :
Programme :
Learning Centre :
NRIC No. :
Matric No. :

Intake : MEI 2010
Current Semester : MAY 2012

Postal Address :
Telephone (Home) :
Telephone (Office) :

Handphone/Mobile :

Email :
 


Section B pula mengandungi data berikut.

Section B

REASON FOR DEFERRING STUDIES
I wish to apply to defer my studies for the semester SEPTEMBER for year 2012 because CANNOT COPE WITH STUDIES.

I will register again for semester JANUARY year 2013.
Date : September 14, 2012, 5:40 pm


Ni lah jawapan yang di beri oleh e-service atas permohonan tangguh semester Sept'12 . Ntah bila dia reply aku pun tak tau.

Application Status : PERMOHONAN ANDA DILULUSKAN
Note : SILA SEMAK PENGUMUMAN PENDAFTARAN ONLINE BAGI SEMESTER JAN2013 SEKITAR BULAN OKTOBER & MEMBUAT PEMBAYARAN MINIMUM SEBELUM TARIKH AKHIR PENDAFTARAN.
 



Yang pastinya aku dah terlepas register sem depan. Kena la bayo denda RM100 dan ambil modul pada T2.

Latest login

Tadi aku baru login semula portal U. Punyalah lama aku tak jenguk kat website tuh.
 
"your last login was on Friday 21st September 2012 05:17:30 PM"
 
2 bulan beb.. Apa yang membuat aku nak online sebab biasanya aku terkejar-kejar untuk mendapatkan pendaftaran yang pertama apabila semester baru bakal di buka. Biasanya 2 bulan sebelum sem baru bukak dah kena daftar awal, sekarang dah bulan 11, bermakna dah sebulan aku terlepas.
 
Check punya check memang betul aku dah terlepas daftar tuk sem depan. Pendaftaran kali pertama adalah pada 26hb Okt - 18hb Nov. Ada pendaftaran kali kedua pada 1hb - 9hb Dec. Dia punya terma macam kat bawah ni,
 
  • Kepada pelajar yang TIDAK membuat pendaftaran pada Pendaftaran Atas Talian Pertama (1st Online), pelajar boleh membuat pendaftaran dalam tempoh ini.
  • Bagaimanapun, pelajar yang mendaftar pada tempoh ini akan dianggap MENDAFTAR LEWAT dan akan menerima modul mengikut tarikh "2nd Collection".
  • Tarikh "2nd Collection" adalah selepas Tutorial 2 (T2).
  • Pelajar yang mendaftar dalam tempoh ini juga akan dikenakan PENALTI PENDAFTARAN LEWAT sebanyak RM100.00
 
Tapi yang tak best byer dah kena denda lewat daftar RM100 pulak. Entah bila dia buat syarat macam ni tak pulak aku tau. Sebelum ni takde pulak dia mention kena denda pada daftar kedua. Aku rasa starts sem Jan'13 baru dia buat syarat mcm ni. Apa la U aku ni semuanya nak duit.
 
Then kalau selepas 2nd daftar, baru nak daftar, dia punya syarat macam ni.
 
  • Mana-mana pelajar yang TIDAK melengkapkan pendaftaran dalam kedua-dua tempoh yang dinyatakan di atas, mereka masih dibenarkan untuk mendaftar TETAPI tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
    • Pelajar akan dikenakan penalti pendaftaran lewat RM100.00 dan
    • Pelajar tidak akan dibekalkan dengan modul 'hardcopy'. Pelajar perlu menggunakan version 'softcopy' yang disediakan dalam MyVLE. Namun begitu, pelajar boleh membeli modul 'hardcopy' di Pusat Pembelajaran dengan harga RM30/sebuah tetapi tertakluk kepada stok modul yang ada di Pusat pembelajaran.
  • Untuk mendaftar, pelajar perlu mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Pentadbir di Pusat Pembelajaran masing-masing.
Pun yang ni syarat baru. Tengok tuh, RM30 permodul tuh duit lagi.. Sebelum ni dia kata sape yang tak daftar di anggap sem akan datang dia tertangguh pengajian dan perlu daftar pada sem berikutnya.
 
Apa pun boleh lah...
 
Yang pasti aku kena selongkar balik folder-folder dalam komputer aku ni.. kena refresh my mind tuk sem akan datang. Strategi baru macam mana nak lepas kan assignment, sit exam and answer properly seterusnya mendapat result yang terbaik.
 
Tapi aku dah habis semester berapa ek? Sem depan sem berapa pulak? huhu..