Isnin, 25 Jun 2012

Pendaftaran Sem 8 Secara Online

Pendaftaran secara atas talian bermula pada 23hb~28hb/June, maka pada hari Sabtu 23hb dalam pukul 3 pagi selepas beransurnya persediaan kenduri kahwin jiran depan rumah aku, aku bukak portal U untuk melihat senarai bakal subjek yang di tawarkan oleh pihak U secara auto. Inilah dia senarai tersebut.

Tawaran sem 8

Aku pernah ditawarkan subject Business Communication (BizCom) dan English For Workplace Communication ni pada semester yang lepas-lepas. Tapi sekali lagi dia keluar untuk sem akan datang. Bermakna subjek-subjek ni perlu di habiskan dulu sebelum pergi ke subjek lain. Tapi aku dilema sebab sebelum ni aku dah buat perancangan untuk subject di bawah;

SEM 8
PRINCIPLES OF MACROECONOMICS
RESEARCH METHODOLY
PENGAJIAN ISLAM

SEM 9
ORGANISATIONAL BEHAVIOR
FINANCIAL MANAGEMENT II

Perancangan subjek ni ada kaitan dengan plan aku untuk 2nd degree dalam posting yang lepas (BBA vs BMM).

Ikutkan hati aku memang kuat masa buat perancangan ini tapi apabila disergah dengan subject tawaran, hati aku dah rasa lain macam. Mungkin pembawakan sem 6 yang lepas membuatkan aku phobia untuk mendaftar subjek yang bukan-bukan. Bukan-bukan di sini maknanya, kalau aku tak dapat nak tetapkan hati aku dengan subjek yang bakal di daftar kan, jangan la gatal-gatal aku nak daftar.

Atau mungkin ada baiknya juga jika aku mengabungkan separuh dari subjek yang dirancang dengan subjek yang ditawarkan. Hmm.. dah 2 hari aku bertangguh daftar.. bermakna kepala aku still tak keruan... huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan