Isnin, 25 Jun 2012

Charge on 2011 just imposed after more than 1 year?

Apa kejadahnya dan apa polisinya bila pihak U suka-suki je charge aku selepas lebih dari setahun perkara ni berlalu? Bayangkan benda yang sepatutnya dia charge pada Januari dan September tahun lepas (2011), baru la ni nampak (charge) kat akaun statement aku.?


Agak-agak, profesional ke tak dorang buat keje? Kalau tak mahu charge ke dalam akaun aku pada masa tu, at least bagitau la aku. Ini menyebabkan akaun aku dah outstanding iaitu berhutang sebanyak RM22. Dah tak lawa da akaun statement aku!

!*#$%!^& betul la.

Pendaftaran Sem 8 Secara Online

Pendaftaran secara atas talian bermula pada 23hb~28hb/June, maka pada hari Sabtu 23hb dalam pukul 3 pagi selepas beransurnya persediaan kenduri kahwin jiran depan rumah aku, aku bukak portal U untuk melihat senarai bakal subjek yang di tawarkan oleh pihak U secara auto. Inilah dia senarai tersebut.

Tawaran sem 8

Aku pernah ditawarkan subject Business Communication (BizCom) dan English For Workplace Communication ni pada semester yang lepas-lepas. Tapi sekali lagi dia keluar untuk sem akan datang. Bermakna subjek-subjek ni perlu di habiskan dulu sebelum pergi ke subjek lain. Tapi aku dilema sebab sebelum ni aku dah buat perancangan untuk subject di bawah;

SEM 8
PRINCIPLES OF MACROECONOMICS
RESEARCH METHODOLY
PENGAJIAN ISLAM

SEM 9
ORGANISATIONAL BEHAVIOR
FINANCIAL MANAGEMENT II

Perancangan subjek ni ada kaitan dengan plan aku untuk 2nd degree dalam posting yang lepas (BBA vs BMM).

Ikutkan hati aku memang kuat masa buat perancangan ini tapi apabila disergah dengan subject tawaran, hati aku dah rasa lain macam. Mungkin pembawakan sem 6 yang lepas membuatkan aku phobia untuk mendaftar subjek yang bukan-bukan. Bukan-bukan di sini maknanya, kalau aku tak dapat nak tetapkan hati aku dengan subjek yang bakal di daftar kan, jangan la gatal-gatal aku nak daftar.

Atau mungkin ada baiknya juga jika aku mengabungkan separuh dari subjek yang dirancang dengan subjek yang ditawarkan. Hmm.. dah 2 hari aku bertangguh daftar.. bermakna kepala aku still tak keruan... huhu

Rabu, 20 Jun 2012

Past Year Paper



Sem lepas ada diumumkan bahawa soalan tahun lepas yang sebelum ini bebas untuk di acces telah di hadkan paparannya kepada 2 sem yang terkini sahaja. Atas aduan dan kesusahan pelajar, pihak pengurusan U telah mengubah semula atas desakan pelajar semasa sessi perjumpaan bersama Presiden tempoh hari.

Agak berguna juga sessi perjumpaan ini. Aku harap akan ada sessi seperti ini lagi untuk masa akan datang. Senang pelajar nak menyuarakan pandangan dan pendapat lebih-lebih lagi dalam keadaan pihak U yang lebih kepada hubungan satu hala.

Tarikh-tarikh Penting Sem Sept 2012

Ini adalah tarikh-tarikh penting untuk sem 8. Tertakhluk kepada pusat pembelajaran masing-masing.

Semangat Yang Hilang – XPDC

Jika engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku disana
Diufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Di dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Disana kejujuran

Semarak impian
Segunung harap dipulang
Usah diragukan
Keupayaan diri

Hati yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita hilang

Semangat yang hilang
Kita cari pulang

Semarak impian
Segunung harap dipulang
Usahlah diragukan
Keupayaan sendiri

Hati yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita yang hilang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar dia berkesan
Di lubuk hati terpendam

Di dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Disana kejujuran

Semarak impian
Segunung harap dipulang
Usah diragukan
Keupayaan diri

Hati yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita hilang

Semangat yang hilang
Kita cari pulang

Semarak impian
Segunung harap dipulang
Usahlah diragukan
Keupayaan sendiri

Hati yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita yang hilang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar dia berkesan
Di lubuk hati terpendam

Khamis, 14 Jun 2012

Pengumuman Pendaftaran Sem 8

Hari ni dah kuar pengumuman pendaftaran sem Sept 2012 iaitu bakal semester 8 untuk diri aku.. Hoh.. dah 8 semester dah aku belajo degree ni... lg 4 sem nak abis..

Aku kena mula mendaftar pada hujung bulan ni bermula 23hb hingga 28hb Jun atau 11hb sehingga 15hb Julai. Seperti yang aku rancangkan, aku akan mendaftar subjek di bawah;

PRINCIPLES OF MACROECONOMICS
RESEARCH METHODOLY
PENGAJIAN ISLAM*

*subjek ni aku dah pernah ambil pada sem 4 May 2011 tapi last minit aku terpaksa menarik diri ( withdraw) dari kursus ni disebabkan kekangan masa pada ketika itu dan tak dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Di tambah pula aku mengambil 4 subjek.

Sem 9 pula aku berkira-kira untuk mendaftar semula subjek sem 6 aku yang FAIL (F);

ORGANISATIONAL BEHAVIOR
FINANCIAL MANAGEMENT II

Selasa, 12 Jun 2012

Akaun Statement - RM108 cash diskaun

Aku nak tunjuk akaun aku yang sudah di updatekan pada 28/May yang lepas. Awal sungguh. Jangkakan pertengah bulan 6 tp hujung bulan 5 dah update. Bagus, bagus.

Seperti yang dijangkakan, RM108 telah dikreditkan ke dalam aku semula kerana aku telah membayar RM1,080 sebelum Tutorial pertama bermula menjadikan akaun aku extra RM128. Terima kasih pihak U.

Benda lain aku nak update,
1. Register repeat exam di tangguhkan dari 4hb/Jun ke 17hb/June. Perlukah aku register subject English Communication aku? Hm...

2. Aku tak claim yuran sem 7 aku kat EPF atas alasan slip bayaran kedua yang bernilai RM700 telah hilang. Positifnya duit EPF aku tak kan kurang lah.. Negativenya, aku tak dapat nak pakai duit lebih  lah untuk kali ni.