Rabu, 9 Mei 2012

S7: Timetable Tutorial dah keluar

Hari ni aku baru teringat nak tengok time table kat portal. Ikutkan belum keluar sebab subject sem 7 belum di masukkan lagi ke dalam portal. Tapi bila aku klik aku dapati timetable tuh dah update.


Kelas aku bermula pada pukul 8 pagi. Dah 2 sem aku tak masuk kelas pagi (slot pertama). Kali ni terpaksa sebab dah takde pilihan. Lagipun tgk gaya, kelas pertama ni ada student dalam belas-belas orang jer. Dan kelas pertama ni juga adalah favourite subjek aku: ELEMENTARY STATISTIC.

Kelas kedua aku: PROFESIONAL ETHIC adalah subjek U. Ada banyak pilihan slot sampai ke 7 malam. Tapi takkan aku nak overlap pulak kan. Buang masa je ada gap. So aku pilih slot kedua iaitu pada pukul 10:15 pagi. So kelas terakhir aku akan habis pada pukul 12:15tghari.



Hari tutorial pula macam biasa jatuh pada hari Ahad. Yang tak menariknya T2 dan T3 seminggu berturut-turut. Apa dah.. jarang berlaku macam ni. Selalu selang seminggu tutorial. Maybe dorang nak ngelak cuti umum pada hari ahad kot. Malas aku nak tengok apa yang berlaku pada bulan 6 tuh.

Dan seperi biasanya, aku target akan attend semua kelas yang aku register ni. Bak orang kata, kelas ko dah bayar, tak datang buat buang duit je. Tp kadang-kadang depends gak pada tutornya. Kalau mengarut banyak, buat apa aku datang. Buang masa je.

BBA vs BMM

Masa awal-awal sebelum aku decide furter study, aku telah membuat 3 pilihan U. Dari 3 ni aku pilih yang terbaik. Dan selepas aku pilih yang terbaik baru aku study contains subjek nya. Dan aku telah pun memilih BBA. Antara sebab aku tengok dia takde tesis atau industrial training atau projek. Lagipun ia memang kena dengan keja aku sekarang ni.

Disebabkan keputusan CGPA aku yang semakin menurun tiap-tiap semester, dalam semester 5 aku telah mengreview semula program BBA yang aku ambil ni dengan mencari kekuatan aku sebagai alasan. Baru aku perasan pihak U ada mengnawarkan program baru yang menarik minat aku. Maka keluar la perbandingan yang aku buat seperti di bawah di antara Business Admin (BBA) dan Math Managament (BMM).


Aku telah menyusun perbandingan di antara kedua-dua program. Sebanyak 21 subjek (63jam kredit) yang overlap. 62% untuk BBA dan 60% untuk BMM. Untuk itu aku telah membuat keutamaa subjek yang perlu di habiskan seperti di bawah;

Sem 1 - 5
1. BAHASA KEBANGSAAN A
2. PENGAJIAN ISLAM
3. PRINCIPLES OF MANAGEMENT
4. MANAGEMENT ACCOUNTING
5. FINANCIAL ACCOUNTING
6. PRINCIPLES OF MICROECONOMICS
7. HUMAN RESOURCE MANAGEMENT
8. MARKETING MANAGEMENT 1
9. MARKETING MANAGEMENT II
10. FINANCIAL MANAGEMENT 1
11. LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS
12. ENGLISH FOR WRITTEN COMMUNICATION
13. ENGLISH FOR ORAL COMMUNICATION
14. ENTREPRENEURSHIP

Sem 6 (result belum keluar tp fail punya)
15. FINANCIAL MANAGEMENT II
16. ORGANISATIONAL BEHAVIOR

Sem 7
17. PROFESSIONAL ETHICS
18. ELEMENTARY STATISTICS

Sem 8
19. MALAYSIAN STUDIES
20. BUSINESS RESEARCH METHOD
21. PRINCIPLES OF MACROECONOMICS

So ada dua kes aku kena pilih;

PILIHAN 1: Aku terus menghabiskan seperti susunan di atas. Bila dah tiba sem 8 dan abis semua 21 subjek overlap ni baru aku fikir nak tukar pogram ke tidak.

PILIHAN 2:  Aku tetap menghabiskan BBA dengan keputusan yang hanya memuaskan sahaja. Kemudian aku ambil 2nd Degree under BMM yang syaratnya tidak boleh lebih dari satu pertiga (33%) credit transfer iaitu 33 jam kredit (11 subjek).

Untuk pengetahuan, sebelum aku buat benda ni aku telah mengambil 2 subjek BBA yang tak overlap di dalam sem 2 iaitu
1. MATHEMATICS FOR  MANAGEMENT dan
2. BUSINESS LAW

Mesti terpikir kan kenapa aku nak tukar pogram? Alasan aku senang, aku tak suka teori, tapi aku suka kira-kira. So tengok jer la BBA vs BMM. Berbaloi kan kalau aku menggunakan kekuatan aku nih. Tp kalau aku amik Pilihan 2, aku akan ada 2 degree;

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS  [ BBA ]
BACHELOR OF MATHEMATICS AND MANAGEMENT WITH HONOURS  [ BMM ]

Lain macam je bunyi kan kedua-dua degree ni. Degree pertama aku ambil dengan kos RM 20,000 tp degree kedua aku ambil dengan kos kurang 33% iaitu RM 13,400 selama 2 tahun setengah sahaja. Total RM 33,400. Duit takde masalah kalau nak carik ilmu. Lagi pun kalau aku ada 2 degree orang akan pandang semacam je kan. Belum lagi tambah Master ke PhD. Hahaha.

Amacam? OK tak? Boleh ka? Dah nama pun LIFE LONG LEARNER.. tak salah aku buat pembelajaran sepanjang hayat kan.

Selasa, 8 Mei 2012

Short Form untuk Blog Aku

Aku senaraikan short form yang telah dan akan aku pakai dalam blog ni;

1. LC = Learning Center
2. MyVLE = My Virtual Learning Enviorement atau kadang-kadang aku panggil portal
3. HQ = Headquaters atau ibu pejabat U aku
4. Module = Buku teks yang disediakan oleh pihak U
5. Tutorial = Kelas
6. T1 = Tutorial pertama dan seterusnya
7. Transkrip = Senarai result exam dari mula sehingga sem yang terbaru
8. Sem = Semester

Kalau ada lagi yang terbaru aku update.

Masalah! Data Aku Hilang!

Tadi baru aku tahu yang data study aku sejak sem 1 (May 2010) hingga sem 5 (September 2011) aku hilang dalam handphone dan laptop yang aku pakai ni. Sejak bila hilang aku tak perasan.

Biasanya data study aku akan aku backup di 3 tempat; Yang utama komputer kat ofis, kedua di laptop yang selalu nya ada di rumah, dan terkahir kat handphone aku yang berkapasiti 4GB. Handphone aku ni aku buat sebagai bahan pengantar di antara komputer ofis dan laptop kat rumah.

Dalam data aku ini mengandungi segala yang berkaitan dengan study aku termasuk pengumuman dari portal U, sampai la ke penyata akaun EPF.

Aku harap data kat ofis aku tak hilang jugak. Kalau tak, punah!

Kandungan Folder dalam sem 5 dan sem 6.
Belum lagi ada sem 1-6 dan yang lainnya

Sem 7: Full Settlement Fee

Semalam aku amik cuti half day petang kononnya nak balik ke bt pahat tapi sambilan aku kuarkan duit ASB aku terus g settlekan terus yuran semester 7 aku yang berbaki lebih kurang RM 580. Tapi kali ni aku bayar advance RM 700. Nak tau kenapa? sebab aku dah plan nak repeat satu paper yang dapat C dalam semester 5 iaitu HUMAN RESOURCE MANAGEMENT. Repeat kos adalah RM 100 dan saja-saja aku extrakan lagi RM 20.

Penyata Akaun sehingga 8/5/2012

Aku buat bayaran penuh dekat BSN sebab dekat dengan duit asb yang aku keluarkan kat maybank. Dan aku nak tukar perancangan. Aku nak claim bayaran RM1,087 aku ni kat EPF aku. So pas ni aku kena mintak surat akuan pendaftaran sem 7 dari HQ aku la. Harap-harap takde masalah.

Yang aku risaukan transkrip aku tak berapa cantik kerana ada satu subject dalam sem 5 aku tak amik exam dan biarkan dia takde grade. So CGPA aku tak update sehingga semester 5. Kalau nak harapkan result sampai sem 6 jangan harapla. Lagi kantoi 2 subject adalah. Teruk-teruk.

So total aku bayar untuk semester 7 ni adalah RM 387 + RM 700 = RM 1,087. So lepas ni aku tunggu U update plak charge untuk sem 7 yang di jangkakan RM1,080. Maka berbaki RM 120. Pas tuh aku register exam final paper RM 100. Baki pulak RM 20. Pas tuh tunggu rebet 10% maka aku akan dapat RM 108. Baki terakhir di bawa hingga ke sem 8 akan jadi RM 128

Isnin, 7 Mei 2012

Sem 7: 1st Payment

Assalamualaikum,

Hari Jumaat lepas aku ada bagi register slip dan RM400 pada seorang rakan satu U untuk daftarkan dan ambilkan module untuk sem 7. Aku akan mengambil module pada petang hari Isnin. Semalam dalam petang aku follow up, dia balas sms everything OK. Petang ni aku dah boleh jumpa dia ambil module tersebut.

Pagi ni seperti biasa, selepas setiap pembayaran aku akan periksa baki akaun aku yang terkini. Seperti yang aku dah tahu, pihak U akan mengemaskini akaun 2 kali setiap hari.

Aku lihat penyata akaun aku sudah berbaki extra RM 500. Bermakna aku telah membayar yuran minima RM 387 seperti yang dikehendaki oleh pihak U. Aku suruh mamat ni bayar RM400 yang aku bagi tp dia bayar ikut bulat-bulat tertulis dalam register slip aku. Takpe la.. nanti aku mintak la baki RM 13. Secara ringkas;

Baki akaun sebelum = RM    113
Yuran Minima          = RM    387
Baki akaun terkini    = RM    500
Jumlah Yuran           = RM 1,080
Baki perlu di bayar   = RM    580

Yang baki RM 580 itu pula perlu di bayar sebelum Tutorial Pertama (T1) untuk membolehkan aku mendapatkan Cash Diskaun (Rebet) 10%. Dan Rebet ini (dalam RM 108) akan di kreditkan ke dalam akaun aku selepas T2 iaitu selepas 3hb/June

Buat pengetahuan, kalau yuran minima itu tak di bayar, atau kurang dari jumlah yang dikehendaki, secarata automatiknya, kursus yang kita daftarkan itu akan drop dari portal MyVLE (My Virtual Learning Enviorment). Aku pernah kena sekali dan mengambil masa sebulan lebih untuk menyelesaikan masalah "Autofrop" ni. So berhati-hati la masa membuat pembayaran.

Jumaat, 4 Mei 2012

Sem 7: Pengambilan Module

Assalamualaikum...

Atas kesibukan menerima orang baru dan kerja awal bulan yang berlambak, hari ni baru aku teringat yang aku perlu membuat plan untuk pengambilan module. Maklumat asal seperti tertera di tarikh penting dalam kalendar U, pengambilan module adalah pada 4, 5 dan 6hb/May iaitu hari ini hingga Ahad.

Ikutkan hari ini adalah hari kerja aku dan hari jumaat adalah waktu yang paling singkat untuk aku menguruskan hal luar. So aku mengambil keputusan menghubungi LC (Learning Center) aku untuk mendapatkan kepastian. Punya la aku terkejut abila aku mendapat tahu bahawa pada keesokan hari (Sabtu) adalah hari cuti Wesak dan LC aku juga cuti. Bermakna aku kena ambil pada hari Ahad sahaja. Dan pada hari ahad itu aku akan berada di Parit Sulong menemankan isteri dan anak kedua aku.

Aku hampir-hampir marah apabila orang yang menjawab panggilan aku tu mengatakan maklumat sudah di sebarkan awal di portal. Untuk kepastian aku terus online dan memeriksa yang maklumat tersebut diumumkan pada 2 hari lepas iaitu pada 2/May seperti di bawah. Awal kah itu?

Pengumuman pada 2hb May 2012

Dan yang paling tak best nya yuran minimum aku perlu diselesaikan juga sebelum 6hb/May iaitu paling lewat pada hari ahad ini juga semasa aku daftar dan ambil module. Jika tidak aku kena buat rayuan pada Pendaftar HQ dan tentunya masalah ini akan berlarutan seperti semester 6 yang lepas. Dan jika aku lewat membayar, kesannya aku tak boleh menngekses portal untuk sem 7 akan datang.

Aku tau aku terlalu sibuk. Kalau aku tau mcm ni dah lama aku setelkan pada hari wife aku bersalin pada 30hb/Apr. Nak taknak aku terpaksa mencari alternatif lain. Dan tiba-tiba aku teringat pengambilan module ni boleh diwakilkan pada orang lain. Dan aku teringat pada seorang rakan aku yang belajar di U yang sama. Aku telefon dia. Alhamdulillah dia akan ambil module pada hari ahad ni juga. Bermakna dia juga boleh buatkan permbayaran aku semasa mewakilkan pengambilan module aku. Kawan aku ni setuju dengan syarat aku perlu jumpa dia pada hari ini pukul 6:30ptg di batu berendam.

Apa yang aku perlu bawa untuk di beri pada rakan aku untuk hai ini ialah, slip pendaftaran dan sejumlah wang untuk bayaran minimum (RM387) pada hari ahad ni. 

Yang kelakarnya, semasa aku telefon LC aku menanyakan kenapa LC dah tak bagi SMS reminder seperti sebelum-sebelum ni mengatakan tarikh sekian-sekian untuk mengambil module? Dia kata "kos sms yang terlalu tinggi". Alasan yang sama dan selalu aku dengar dari U aku tak kira la dari HQ sampai ke LC.