Rabu, 9 Mei 2012

S7: Timetable Tutorial dah keluar

Hari ni aku baru teringat nak tengok time table kat portal. Ikutkan belum keluar sebab subject sem 7 belum di masukkan lagi ke dalam portal. Tapi bila aku klik aku dapati timetable tuh dah update.


Kelas aku bermula pada pukul 8 pagi. Dah 2 sem aku tak masuk kelas pagi (slot pertama). Kali ni terpaksa sebab dah takde pilihan. Lagipun tgk gaya, kelas pertama ni ada student dalam belas-belas orang jer. Dan kelas pertama ni juga adalah favourite subjek aku: ELEMENTARY STATISTIC.

Kelas kedua aku: PROFESIONAL ETHIC adalah subjek U. Ada banyak pilihan slot sampai ke 7 malam. Tapi takkan aku nak overlap pulak kan. Buang masa je ada gap. So aku pilih slot kedua iaitu pada pukul 10:15 pagi. So kelas terakhir aku akan habis pada pukul 12:15tghari.



Hari tutorial pula macam biasa jatuh pada hari Ahad. Yang tak menariknya T2 dan T3 seminggu berturut-turut. Apa dah.. jarang berlaku macam ni. Selalu selang seminggu tutorial. Maybe dorang nak ngelak cuti umum pada hari ahad kot. Malas aku nak tengok apa yang berlaku pada bulan 6 tuh.

Dan seperi biasanya, aku target akan attend semua kelas yang aku register ni. Bak orang kata, kelas ko dah bayar, tak datang buat buang duit je. Tp kadang-kadang depends gak pada tutornya. Kalau mengarut banyak, buat apa aku datang. Buang masa je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan