Jumaat, 4 Mei 2012

Sem 7: Pengambilan Module

Assalamualaikum...

Atas kesibukan menerima orang baru dan kerja awal bulan yang berlambak, hari ni baru aku teringat yang aku perlu membuat plan untuk pengambilan module. Maklumat asal seperti tertera di tarikh penting dalam kalendar U, pengambilan module adalah pada 4, 5 dan 6hb/May iaitu hari ini hingga Ahad.

Ikutkan hari ini adalah hari kerja aku dan hari jumaat adalah waktu yang paling singkat untuk aku menguruskan hal luar. So aku mengambil keputusan menghubungi LC (Learning Center) aku untuk mendapatkan kepastian. Punya la aku terkejut abila aku mendapat tahu bahawa pada keesokan hari (Sabtu) adalah hari cuti Wesak dan LC aku juga cuti. Bermakna aku kena ambil pada hari Ahad sahaja. Dan pada hari ahad itu aku akan berada di Parit Sulong menemankan isteri dan anak kedua aku.

Aku hampir-hampir marah apabila orang yang menjawab panggilan aku tu mengatakan maklumat sudah di sebarkan awal di portal. Untuk kepastian aku terus online dan memeriksa yang maklumat tersebut diumumkan pada 2 hari lepas iaitu pada 2/May seperti di bawah. Awal kah itu?

Pengumuman pada 2hb May 2012

Dan yang paling tak best nya yuran minimum aku perlu diselesaikan juga sebelum 6hb/May iaitu paling lewat pada hari ahad ini juga semasa aku daftar dan ambil module. Jika tidak aku kena buat rayuan pada Pendaftar HQ dan tentunya masalah ini akan berlarutan seperti semester 6 yang lepas. Dan jika aku lewat membayar, kesannya aku tak boleh menngekses portal untuk sem 7 akan datang.

Aku tau aku terlalu sibuk. Kalau aku tau mcm ni dah lama aku setelkan pada hari wife aku bersalin pada 30hb/Apr. Nak taknak aku terpaksa mencari alternatif lain. Dan tiba-tiba aku teringat pengambilan module ni boleh diwakilkan pada orang lain. Dan aku teringat pada seorang rakan aku yang belajar di U yang sama. Aku telefon dia. Alhamdulillah dia akan ambil module pada hari ahad ni juga. Bermakna dia juga boleh buatkan permbayaran aku semasa mewakilkan pengambilan module aku. Kawan aku ni setuju dengan syarat aku perlu jumpa dia pada hari ini pukul 6:30ptg di batu berendam.

Apa yang aku perlu bawa untuk di beri pada rakan aku untuk hai ini ialah, slip pendaftaran dan sejumlah wang untuk bayaran minimum (RM387) pada hari ahad ni. 

Yang kelakarnya, semasa aku telefon LC aku menanyakan kenapa LC dah tak bagi SMS reminder seperti sebelum-sebelum ni mengatakan tarikh sekian-sekian untuk mengambil module? Dia kata "kos sms yang terlalu tinggi". Alasan yang sama dan selalu aku dengar dari U aku tak kira la dari HQ sampai ke LC.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan