Assalamualaikum,
Hari Jumaat lepas aku ada bagi register slip dan RM400 pada seorang rakan satu U untuk daftarkan dan ambilkan module untuk sem 7. Aku akan mengambil module pada petang hari Isnin. Semalam dalam petang aku follow up, dia balas sms everything OK. Petang ni aku dah boleh jumpa dia ambil module tersebut.
Pagi ni seperti biasa, selepas setiap pembayaran aku akan periksa baki akaun aku yang terkini. Seperti yang aku dah tahu, pihak U akan mengemaskini akaun 2 kali setiap hari.
Aku lihat penyata akaun aku sudah berbaki extra RM 500. Bermakna aku telah membayar yuran minima RM 387 seperti yang dikehendaki oleh pihak U. Aku suruh mamat ni bayar RM400 yang aku bagi tp dia bayar ikut bulat-bulat tertulis dalam register slip aku. Takpe la.. nanti aku mintak la baki RM 13. Secara ringkas;
Baki akaun sebelum = RM 113
Yuran Minima = RM 387
Baki akaun terkini = RM 500
Jumlah Yuran = RM 1,080
Baki perlu di bayar = RM 580
Yang baki RM 580 itu pula perlu di bayar sebelum Tutorial Pertama (T1) untuk membolehkan aku mendapatkan Cash Diskaun (Rebet) 10%. Dan Rebet ini (dalam RM 108) akan di kreditkan ke dalam akaun aku selepas T2 iaitu selepas 3hb/June
Buat pengetahuan, kalau yuran minima itu tak di bayar, atau kurang dari jumlah yang dikehendaki, secarata automatiknya, kursus yang kita daftarkan itu akan drop dari portal MyVLE (My Virtual Learning Enviorment). Aku pernah kena sekali dan mengambil masa sebulan lebih untuk menyelesaikan masalah "Autofrop" ni. So berhati-hati la masa membuat pembayaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan