Aku senaraikan short form yang telah dan akan aku pakai dalam blog ni;
1. LC = Learning Center
2. MyVLE = My Virtual Learning Enviorement atau kadang-kadang aku panggil portal
3. HQ = Headquaters atau ibu pejabat U aku
4. Module = Buku teks yang disediakan oleh pihak U
5. Tutorial = Kelas
6. T1 = Tutorial pertama dan seterusnya
7. Transkrip = Senarai result exam dari mula sehingga sem yang terbaru
8. Sem = Semester
Kalau ada lagi yang terbaru aku update.
Aku adalah... ....seorang pekerja di syarikat swasta sejak tahun 2002 ....seorang suami sejak Mac 2009, ....seorang ayah sejak tahun Mac 2010, .... seorang penternak kecil-kecilan sejak October 2010, ....seorang pelajar jarak jauh sejak May 2010. Sedang menjadikan diri SEORANG YANG TERBAIK di dalam watak-watak tersebut
Selasa, 8 Mei 2012
Masalah! Data Aku Hilang!
Tadi baru aku tahu yang data study aku sejak sem 1 (May 2010) hingga sem 5 (September 2011) aku hilang dalam handphone dan laptop yang aku pakai ni. Sejak bila hilang aku tak perasan.
Biasanya data study aku akan aku backup di 3 tempat; Yang utama komputer kat ofis, kedua di laptop yang selalu nya ada di rumah, dan terkahir kat handphone aku yang berkapasiti 4GB. Handphone aku ni aku buat sebagai bahan pengantar di antara komputer ofis dan laptop kat rumah.
Dalam data aku ini mengandungi segala yang berkaitan dengan study aku termasuk pengumuman dari portal U, sampai la ke penyata akaun EPF.
Aku harap data kat ofis aku tak hilang jugak. Kalau tak, punah!
![]() |
| Kandungan Folder dalam sem 5 dan sem 6. Belum lagi ada sem 1-6 dan yang lainnya |
Sem 7: Full Settlement Fee
Semalam aku amik cuti half day petang kononnya nak balik ke bt pahat tapi sambilan aku kuarkan duit ASB aku terus g settlekan terus yuran semester 7 aku yang berbaki lebih kurang RM 580. Tapi kali ni aku bayar advance RM 700. Nak tau kenapa? sebab aku dah plan nak repeat satu paper yang dapat C dalam semester 5 iaitu HUMAN RESOURCE MANAGEMENT. Repeat kos adalah RM 100 dan saja-saja aku extrakan lagi RM 20.
![]() |
| Penyata Akaun sehingga 8/5/2012 |
Aku buat bayaran penuh dekat BSN sebab dekat dengan duit asb yang aku keluarkan kat maybank. Dan aku nak tukar perancangan. Aku nak claim bayaran RM1,087 aku ni kat EPF aku. So pas ni aku kena mintak surat akuan pendaftaran sem 7 dari HQ aku la. Harap-harap takde masalah.
Yang aku risaukan transkrip aku tak berapa cantik kerana ada satu subject dalam sem 5 aku tak amik exam dan biarkan dia takde grade. So CGPA aku tak update sehingga semester 5. Kalau nak harapkan result sampai sem 6 jangan harapla. Lagi kantoi 2 subject adalah. Teruk-teruk.
So total aku bayar untuk semester 7 ni adalah RM 387 + RM 700 = RM 1,087. So lepas ni aku tunggu U update plak charge untuk sem 7 yang di jangkakan RM1,080. Maka berbaki RM 120. Pas tuh aku register exam final paper RM 100. Baki pulak RM 20. Pas tuh tunggu rebet 10% maka aku akan dapat RM 108. Baki terakhir di bawa hingga ke sem 8 akan jadi RM 128

Isnin, 7 Mei 2012
Sem 7: 1st Payment
Assalamualaikum,
Hari Jumaat lepas aku ada bagi register slip dan RM400 pada seorang rakan satu U untuk daftarkan dan ambilkan module untuk sem 7. Aku akan mengambil module pada petang hari Isnin. Semalam dalam petang aku follow up, dia balas sms everything OK. Petang ni aku dah boleh jumpa dia ambil module tersebut.
Pagi ni seperti biasa, selepas setiap pembayaran aku akan periksa baki akaun aku yang terkini. Seperti yang aku dah tahu, pihak U akan mengemaskini akaun 2 kali setiap hari.
Aku lihat penyata akaun aku sudah berbaki extra RM 500. Bermakna aku telah membayar yuran minima RM 387 seperti yang dikehendaki oleh pihak U. Aku suruh mamat ni bayar RM400 yang aku bagi tp dia bayar ikut bulat-bulat tertulis dalam register slip aku. Takpe la.. nanti aku mintak la baki RM 13. Secara ringkas;
Baki akaun sebelum = RM 113
Yuran Minima = RM 387
Baki akaun terkini = RM 500
Jumlah Yuran = RM 1,080
Baki perlu di bayar = RM 580
Yang baki RM 580 itu pula perlu di bayar sebelum Tutorial Pertama (T1) untuk membolehkan aku mendapatkan Cash Diskaun (Rebet) 10%. Dan Rebet ini (dalam RM 108) akan di kreditkan ke dalam akaun aku selepas T2 iaitu selepas 3hb/June
Buat pengetahuan, kalau yuran minima itu tak di bayar, atau kurang dari jumlah yang dikehendaki, secarata automatiknya, kursus yang kita daftarkan itu akan drop dari portal MyVLE (My Virtual Learning Enviorment). Aku pernah kena sekali dan mengambil masa sebulan lebih untuk menyelesaikan masalah "Autofrop" ni. So berhati-hati la masa membuat pembayaran.
Jumaat, 4 Mei 2012
Sem 7: Pengambilan Module
Assalamualaikum...
Atas kesibukan menerima orang baru dan kerja awal bulan yang berlambak, hari ni baru aku teringat yang aku perlu membuat plan untuk pengambilan module. Maklumat asal seperti tertera di tarikh penting dalam kalendar U, pengambilan module adalah pada 4, 5 dan 6hb/May iaitu hari ini hingga Ahad.
Ikutkan hari ini adalah hari kerja aku dan hari jumaat adalah waktu yang paling singkat untuk aku menguruskan hal luar. So aku mengambil keputusan menghubungi LC (Learning Center) aku untuk mendapatkan kepastian. Punya la aku terkejut abila aku mendapat tahu bahawa pada keesokan hari (Sabtu) adalah hari cuti Wesak dan LC aku juga cuti. Bermakna aku kena ambil pada hari Ahad sahaja. Dan pada hari ahad itu aku akan berada di Parit Sulong menemankan isteri dan anak kedua aku.
Aku hampir-hampir marah apabila orang yang menjawab panggilan aku tu mengatakan maklumat sudah di sebarkan awal di portal. Untuk kepastian aku terus online dan memeriksa yang maklumat tersebut diumumkan pada 2 hari lepas iaitu pada 2/May seperti di bawah. Awal kah itu?

| Pengumuman pada 2hb May 2012 |
Dan yang paling tak best nya yuran minimum aku perlu diselesaikan juga sebelum 6hb/May iaitu paling lewat pada hari ahad ini juga semasa aku daftar dan ambil module. Jika tidak aku kena buat rayuan pada Pendaftar HQ dan tentunya masalah ini akan berlarutan seperti semester 6 yang lepas. Dan jika aku lewat membayar, kesannya aku tak boleh menngekses portal untuk sem 7 akan datang.
Aku tau aku terlalu sibuk. Kalau aku tau mcm ni dah lama aku setelkan pada hari wife aku bersalin pada 30hb/Apr. Nak taknak aku terpaksa mencari alternatif lain. Dan tiba-tiba aku teringat pengambilan module ni boleh diwakilkan pada orang lain. Dan aku teringat pada seorang rakan aku yang belajar di U yang sama. Aku telefon dia. Alhamdulillah dia akan ambil module pada hari ahad ni juga. Bermakna dia juga boleh buatkan permbayaran aku semasa mewakilkan pengambilan module aku. Kawan aku ni setuju dengan syarat aku perlu jumpa dia pada hari ini pukul 6:30ptg di batu berendam.

Apa yang aku perlu bawa untuk di beri pada rakan aku untuk hai ini ialah, slip pendaftaran dan sejumlah wang untuk bayaran minimum (RM387) pada hari ahad ni.
Yang kelakarnya, semasa aku telefon LC aku menanyakan kenapa LC dah tak bagi SMS reminder seperti sebelum-sebelum ni mengatakan tarikh sekian-sekian untuk mengambil module? Dia kata "kos sms yang terlalu tinggi". Alasan yang sama dan selalu aku dengar dari U aku tak kira la dari HQ sampai ke LC.
Ahad, 29 April 2012
Penyata Kewangan setakat Sem 6 (27/04/2012)
Ini lah penyata akaun aku setakat hari ini...
Secara ringkasnya aku telah menggunakan RM 9,545 duit EPF aku dan ianya sudah ditolakkan dengan cash diskaun sebanyak RM 813.
Disebabkan aku tak yakin dengan sem 6, untuk semester 7 ni aku nak bayar pakai ASB aku je. Kalau dilihat pada baki akaun aku yang extra RM113, dan jumlah yuran sem 7 adalah RM1,080, belum ditambah dengan yuran ulang exam akhir RM100, aku akan bayar semua sekali gus sebelum aku pegi amik module. RM1,080 + RM100 - RM113 = RM1,067.
Dari sini dijangkakan aku akan mendapat cash diskaun sebanyak RM108. Jadikla, buat bawak untuk semester depan.
Meminimumkan Yuran dan Kegunaan EPF
Ada dua keadaan di mana korang dapat memaksimumkan keuntungun dalam belajar mengikut cara aku ni.
Untuk yuran pengajian, aku menggunakan EPF. EPF ni aku keluarkan sekali setiap semester bermakna setakat ni sudah 6 kali aku keluarkan. Ada orang tanya kenapa aku tak keluarkan sekaligus untuk sepanjang kursus atau sekurang-kurangnya setahun tempoh pengajian. Takkan la korang tak leh pikir, keluar banyak maka baki korang kurang la, pastuh dividen tahunan korang tak dapat banyak.
Sebagai contoh korang ada RM50,000 dlm EPF, RM20K korang keluarkan sekali gus untuk belajar dlm masa 4 tahun, baki tinggal RM30K, dividen plak 5% tetiap tahun, secara kasarnya korang akan rugi RM10K nya dividen selama 4 tahun iaitu RM10K X 5% X 4 tahun = RM 2,000. Banyak tuh. Tapi cuba kalau korang keluarkan RM 5K setiap tahun tengok plak mcmana dividen dia kira.
Tahun pertama : Baki RM 15K x 5% = RM750
Pihak U ada memberikan 10% Diskaun dengan syarat;
So kalau gunakan cash diskaun ni, untuk sepanjang tempoh pengajian, aku boleh menjimatkan lebih kurang sebanyak RM1,500 yuran pengajian. Itu pun korang kena pandai monitor akaun statement dalam portal. Caranya senang jer tapi kena rajin la usaha sikit.
1. Meminimumkan kerugian EPF.
Untuk yuran pengajian, aku menggunakan EPF. EPF ni aku keluarkan sekali setiap semester bermakna setakat ni sudah 6 kali aku keluarkan. Ada orang tanya kenapa aku tak keluarkan sekaligus untuk sepanjang kursus atau sekurang-kurangnya setahun tempoh pengajian. Takkan la korang tak leh pikir, keluar banyak maka baki korang kurang la, pastuh dividen tahunan korang tak dapat banyak.
Sebagai contoh korang ada RM50,000 dlm EPF, RM20K korang keluarkan sekali gus untuk belajar dlm masa 4 tahun, baki tinggal RM30K, dividen plak 5% tetiap tahun, secara kasarnya korang akan rugi RM10K nya dividen selama 4 tahun iaitu RM10K X 5% X 4 tahun = RM 2,000. Banyak tuh. Tapi cuba kalau korang keluarkan RM 5K setiap tahun tengok plak mcmana dividen dia kira.
Tahun pertama : Baki RM 15K x 5% = RM750
Tahun kedua : Baki RM 10K x 5% = RM500
Tahun ketiga : Baki RM 5K x 5% = RM250
Tahun keempat : Baki RM 0K x 5% = RM0
Total RM 1,500*
*pengiraan secara kasar, kalau nak detail boleh rujuk kat Subject Fianncial Management I : Time Value of Money
*pengiraan secara kasar, kalau nak detail boleh rujuk kat Subject Fianncial Management I : Time Value of Money
So kat sini korang untung RM500 la kan. Cuba pulak korang kuarkan sekali setiap semester dan 3 kali dalam setahun. Korang kira la sendiri. Malas aku tunjuk. Korang akan nampak nilai keuntungan itu semakin bertambah.
2. Meminimumkan Yuran Pendaftaran.
Pihak U ada memberikan 10% Diskaun dengan syarat;
1. Tiada yuran tertunggak pada semester sebelumnya dan
2. Menyelesaikan semua yuran pada semester yang di ambil sebelum Tutorial Pertama.
Pertama, bayar yuran minimum (biasanya 40% dari jumlah keseluruhan semester) dengan menggunakan duit sendiri pada hari pendaftaran/ambil module. Kalau tak cukup yuran minimum, memang tak leh amik module. Lepas daftar, biasanya payment kita akan update pada keesokan hari bekerja. Pastuh tunggu portal kita sudah di upload dengan subject yang telah didaftarkan untuk langkah seterusnya.
Kedua, selepas portal telah diupdatekan, payment pun dah update dalam akaun statement, charge pun telah di tolak dalam akaun statement, baru pegi mintak surat akaun pendaftaran pada semester tersebut. Mintak pun pakai portal je. Tak payah telepon, buat buang duit je. Biasanya dua ke tiga hari dorang akan reply yang surat tuh dah dipos. Untuk mengelakkan portal di lock, dalam masa yang sama pergi setelkan baki yuran perdaftaran berdasarkan baki pada akaun statement semasa sebelum T1. Ini juga untuk memastikan kita mengikut syarat kedua dalam mendapatkan diskaun 10%.
Ketiga, selepas itu korang ambil kedua-dua resit yang dah bayar pakai duit sendiri tu, pegi claim balik kat EPF. Tempoh masa claim ni dalam masa 2-3 hari je dah dapat. Biasanya aku suh dorang creditkan dalam akaun bank aku. Dari cara kedua aku ni, aku jangkakan aku dapat menjimatkan lagi RM1,500. Dan setakat sem 6 ni aku telah mendapat cash diskaun sebanyak RM 813. Banyak tak? Sapa kata tak banyak, bagi la aku... huhu..
Aku tau, masing-masing dengan cara sendiri. Tapi inilah cara aku walaupun orang kata buat penat je tiap semester isi form, buat masa ulang alik, mintak surat akaun, chop sana sini, follow up menggila, pada aku tepuk dada tanya selera la.
Langgan:
Catatan (Atom)