Ahad, 29 April 2012

Penyata Kewangan setakat Sem 6 (27/04/2012)

Ini lah penyata akaun aku setakat hari ini...


Secara ringkasnya aku telah menggunakan RM 9,545 duit EPF aku dan ianya sudah ditolakkan dengan cash diskaun sebanyak RM 813.

Disebabkan aku tak yakin dengan sem 6, untuk semester 7 ni aku nak bayar pakai ASB aku je. Kalau dilihat pada baki akaun aku yang extra RM113, dan jumlah yuran sem 7 adalah RM1,080, belum ditambah dengan yuran ulang exam akhir RM100, aku akan bayar semua sekali gus sebelum aku pegi amik module. RM1,080 + RM100 - RM113 = RM1,067.

Dari sini dijangkakan aku akan mendapat cash diskaun sebanyak RM108. Jadikla, buat bawak untuk semester depan.

Meminimumkan Yuran dan Kegunaan EPF

Ada dua keadaan di mana korang dapat memaksimumkan keuntungun dalam belajar mengikut cara aku ni.

1. Meminimumkan kerugian EPF.

Untuk yuran pengajian, aku menggunakan EPF. EPF ni aku keluarkan sekali setiap semester bermakna setakat ni sudah 6 kali aku keluarkan. Ada orang tanya kenapa aku tak keluarkan sekaligus untuk sepanjang kursus atau sekurang-kurangnya setahun tempoh pengajian. Takkan la korang tak leh pikir, keluar banyak maka baki korang kurang la, pastuh dividen tahunan korang tak dapat banyak.

Sebagai contoh korang ada RM50,000 dlm EPF, RM20K korang keluarkan sekali gus untuk belajar dlm masa 4 tahun, baki tinggal RM30K, dividen plak 5% tetiap tahun, secara kasarnya korang akan rugi RM10K nya dividen selama 4 tahun iaitu RM10K X 5% X 4 tahun = RM 2,000. Banyak tuh. Tapi cuba kalau korang keluarkan RM 5K setiap tahun tengok plak mcmana dividen dia kira.

Tahun pertama : Baki RM 15K x 5% = RM750
Tahun kedua : Baki RM 10K x 5% = RM500
Tahun ketiga : Baki RM 5K x 5% = RM250
Tahun keempat : Baki RM 0K x 5% = RM0
Total RM 1,500*

*pengiraan secara kasar, kalau nak detail boleh rujuk kat Subject Fianncial Management I : Time Value of Money
  
So kat sini korang untung RM500 la kan. Cuba pulak korang kuarkan sekali setiap semester dan 3 kali dalam setahun. Korang kira la sendiri. Malas aku tunjuk. Korang akan nampak nilai keuntungan itu semakin bertambah.

2. Meminimumkan Yuran Pendaftaran.

Pihak U ada memberikan 10% Diskaun dengan syarat;
1. Tiada yuran tertunggak pada semester sebelumnya dan
2. Menyelesaikan semua yuran pada semester yang di ambil sebelum Tutorial Pertama.

So kalau gunakan cash diskaun ni, untuk sepanjang tempoh pengajian, aku boleh menjimatkan lebih kurang sebanyak RM1,500 yuran pengajian. Itu pun korang kena pandai monitor akaun statement dalam portal. Caranya senang jer tapi kena rajin la usaha sikit.

Pertama, bayar yuran minimum (biasanya 40% dari jumlah keseluruhan semester) dengan menggunakan duit sendiri pada hari pendaftaran/ambil module. Kalau tak cukup yuran minimum, memang tak leh amik module. Lepas daftar, biasanya payment kita akan update pada keesokan hari bekerja. Pastuh tunggu portal kita sudah di upload dengan subject yang telah didaftarkan untuk langkah seterusnya.

Kedua, selepas portal telah diupdatekan, payment pun dah update dalam akaun statement, charge pun telah di tolak dalam akaun statement, baru pegi mintak surat akaun pendaftaran pada semester tersebut. Mintak pun pakai portal je. Tak payah telepon, buat buang duit je. Biasanya dua ke tiga hari dorang akan reply yang surat tuh dah dipos. Untuk mengelakkan portal di lock, dalam masa yang sama pergi setelkan baki yuran perdaftaran berdasarkan baki pada akaun statement semasa sebelum T1. Ini juga untuk memastikan kita mengikut syarat kedua dalam mendapatkan diskaun 10%.

Ketiga, selepas itu korang ambil kedua-dua resit yang dah bayar pakai duit sendiri tu, pegi claim balik kat EPF. Tempoh masa claim ni dalam masa 2-3 hari je dah dapat. Biasanya aku suh dorang creditkan dalam akaun bank aku. Dari cara kedua aku ni, aku jangkakan aku dapat menjimatkan lagi RM1,500. Dan setakat sem 6 ni aku telah mendapat cash diskaun sebanyak RM 813. Banyak tak? Sapa kata tak banyak, bagi la aku... huhu..


Aku tau, masing-masing dengan cara sendiri. Tapi inilah cara aku walaupun orang kata buat penat je tiap semester isi form, buat masa ulang alik, mintak surat akaun, chop sana sini, follow up menggila, pada aku tepuk dada tanya selera la.

Khamis, 26 April 2012

Sem 7: Mencetak E-Book (Module)

Semalam 25/04/2012, semasa waktu rehat, aku dah mula mencetak e-book untuk module sem 7. Aku dapat cetak pun 1 module. Yelah, hujung-hujung bulan ni ko tau-tau je la, busy semacam. So mari kita tengok persedian module pembelajran mengikut cara aku.

1. Mula-mula e-book di cetak dengan setting 2 muka setiap muka surat dan depan belakang

2. Kemudian aku binding pakai stapler je.
Antara kertas module tu aku letakkan kertas kadbod supaya tak mudah koyak dan tahan lama

3. Periksa jugak stapler tuh.
Kadang-kadang module tebal sangat tak tembus.
Aku guna stapler size besar. 

4. Biasanya aku akan pecahkan module jadi 2 set.
Set 1 cover 40% topik awal. Set 2 cover 60% topik terakhir.

5. Pastuh kena tuliskan la apa2 yang patut. Kang tak tulis menjajau ko carik.
Aku buat macam ni sebab sayangkan module aku. Sayang nak conteng atau biarkan dia buruk. Lagipun module aku cetak ni dah jadi separuh ketebalan dari module asal, ringan dan mudah di bawa ke mana-mana. Selalunya module ni aku lipat dua. Sudah jadi separuh saiz. Aku masukkan dalam aala-ala handbag supaya senang dibawa kemana-mana.

Ikutkan cara aku ni ramai student tak ikut. Setakat ni sorang je aku nampak ikut cara aku. Tp budak tuh pun dah tak nampak sejak sem 3. Dengar cerita dia quit. Yang peliknya jugak, bila aku bawak module ni, selalu budak tanya "versi BM ke?". Cis.. asyik2 benda tuh dorang tanya.. takde ke benda lain. So nak tiru cara aku ni pun apa salahnya kan.. Masing-masing ada cara sendiri. Ini la cara aku.

Hari ni aku nak sambung print module ke 2.

Rabu, 25 April 2012

Sem 7: The Timeline

Ini adalah tarikh-tarikh penting untuk aku follow up;

Amik module pada item 13: 4-6 Mei 2012. Ikutkan tutorial pertama (T1) aku akan bermula pada 20/05/2012 iaitu hari ahad. Toturial-tutorial seterusnya akan menyusul selang 2 minggu sekali.

Kali ni timetable aku agak tak best dengan bermula nya kelas seawal 8 pagi. Disebabkan aku ambil 2 subjek sahaja, kelas kedua aku akan habis pada pukul 12:15 tghari. Mgkin sem 7 kali ni aku akan menghabiskan masa kat LC aku sehingga pukul 3 petang. Nak belajar kat rumah jangan harap la.

Sem 7 jugak aku akan berjumpa semula kawan lama yang sama-sama satu subjek ngan aku pada awal tahun pengajian. Kali ni subject PROFESIONAL ETHIC. Aku dengar dia ambil FINANCIAL MANAGEMENT II (FMII) pada sem 7. Sem 6 yang lepas ni aku baru je habis mengambil subject FMII. Dengan assginment yang ntah apa-apa ntah, exam pun tunggang langgang, aku ingat nak repeat balik exam paper ni. Dapat jugak peluang untuk study semula ngan minah ni.

Sem 7: Download e-book Subject

Atas kekangan masa bekerja, lepas waktu pejabat, aku luangkan masa untuk aku excess portal U. Aku nak download e-book untuk subject aku untuk semester depan. Sebenarnya semua subjek aku dah download awal-awal, tapi tau-tau la kalau dah setahun tak download yang terbaru, mesti ada update dan revision terbaru. Kadang-kadang tiap-tiap semester pihak U update. Jadi kali ni aku lihat ada beberapa perubahan ke atas subject yang aku bakal ambil ini.

Subject 1 : PROFESSIONAL ETHIC.

Kali terakhir aku download subject ni pada sem tahun lepas 7/4/2011. Pada masa itu subject ni hanya ada 8 topik sahaja. Kali ni aku tengok sudah tambah 2 topik.



Ada pertukaran tajuk di Topik 2, 5, 6 dan 7. Pertambahan dua Topik 7 dan 8. Muka surat pula bertambah dari 131 ke 147. Manakala tiga section di buang. 


Subject 2 : ELEMENTARY STATISTIC.

Pada sem Sept'11, subject ni mengalami perubahan secara menyeluruh ke atas kod dan tajuk subject. Sebelum ni ia di namakan INTRODUCTION TO STATISTIC. Pemerhatian aku selepas subjek ini berubah, topik nya bertambah dari 8 menjadi 10.


Topik yang bertambah adalah Topik 9, 10 dan section References. Ini menjadikan mukasuratnya setebal 228. Memang tebal. Anggapan aku nipis bila subject itu mempunyai module yang bermurat surat sekitar 150. Lepas ni seperti biasa aku akan printkan e-book ni untuk diconteng dan di bawa ke hulu hilir.

Selasa, 24 April 2012

CGPA until sem 5

Ini adalah result sehingga sem ke 5 dan target sem 6. Tengok la result aku yang makin lama makin teruk. Sedey betul.

Sem 1 : 3.11
Sem 2 : 3.06 (-0.05)
Sem 3 : 2.77 (-0.29)
Sem 4 : 2.67 (-0.10)
Sem 5 : 2.76 (+0.09) selepas repeat subject dari F mendapat C



Kenapa CGPA aku turun?? Setiap semester ada kisah-kisahnya tersendiri.

Pengenalan Program - BBA

Pogram Pengajian ni aku ambil dari sebuah Universiti terkemuka di Malaysia. Program yang aku ambil ni namanya IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN dengan KEPUJIAN. Waktu belajar kat U ni amat lah flexibel. Dengan kadar purata bayaran RM450 setiap subject, kelas diadakan 4 kali dalam satu semester. Mengikut format pernilaian terbaru, 30% markah diambil dari tugasan dan lagi 70% markah di ambil dari peperiksaan akhir. So korang compare la sendiri dengan U konvensional. Memang betul-betul flexibel kan.. dan pasal flexibel la aku lupa diri.. huhu.. sepatutnya aku perlu mengambil peluang untuk STRIKE for excellent dengan cara yang mudah.

Ini adalah senarai subject dlm pengajian aku. Aku wajib menghabiskan dan lulus semua subject sebanyak 120jam kredit.


Dalam satu tahun ada 3 semester dan dalam satu semester aku kena mengambil 3 subject. Bermakna satu semester aku boleh habiskan 12 jam kredit. So tempoh pengajian aku adalah 120 / 12 = 10 semester iaitu 3 tahun 1 semester. Itupun kalau takde repeat paper atau drop subject! Realitinya aku dah byk kali drop dan repeat subjet.

Sabtu, 21 April 2012

S7 : Senarai Subject

Pendaftaran untuk semester 7 telah pun berlangsung pada 3 - 8hb Mac lepas. Seperti semester-semester sebelumnya para pelajar dikehendaki mendaftar secara atas alian dan aku adalah salah seorang student yang paling terawal mendaftar apabila tarikh tersebut menjelma, tp kali ini aku terlewat 2 hari mendaftar iaitu pada 5hb Mac. Aku pun dah lupa sebab apa aku boleh lewat pada pendaftaran semester kali ini.

Seperti biasa sebelum mendaftar dan mengklik butang yang disediakan, aku akan memerhatikan senarai subjek-subjek dalam fail yang telah aku buat. Selalunya keutamaan pilihan bukanlah pada senarai default yang pihak universiti sediakan tapi bergantung kepada kepelbagaian subjek yang telah aku susun mengikut kepayahan dan kesenangan aku. Ada juga sebab-sebab lain yang aku ambil kIra sebelum memilih subjek-subjek yang ditawarkan pada semester itu.

So untuk memendekkan cerita pada hari pendaftaran online, aku telah di tawarkan 3 subjek untuk di pilih, iaitu ISLAMIC STUDIES, ENGLISH FOR WORKPLACE COMMUNICATION dan PROFESIONAL ETHIC. Sebelum pendaftaran aku memang dah merancang untuk mengambil subjek tak begitu berat dan telah memilih hanya dua dari senarai tawaran iaitu ISLAMIC STUDIES dan PROFESIONAL ETHIC. Lagi satu subject aku buat "add" iaitu ELEMENTARY STATISTIC dan mendropkan ENGLISH FOR WORKPLACE. Untuk pengetahuan ENGLISH FOR WORKPLACE ni dah banyak kali aku dropkan dari pendaftaran aku. Entah kenapa pihak U suh aku habiskan subjek ni pun aku tak tau. Dan aku ada ura-ura untuk mengulang 1 kertas peperiksaan dari sem 5 iaitu HUMAN RESOURCE MANAGEMENT yang aku dapat C.

Nak diikutkan cerita sebelum peperiksaan sem 6 bermula aku telah membuat keputusan untuk bawa 2 subject sahaja pada sem 7 dan 1 subject ulangan. Aku telah mendropkan ISLAMIC STUDIES yang kaedah pembelajarannya secara atas talian. So pada sem 7 nanti aku akan mengambil subjek;

PROFESIONAL ETHIC
ELEMENTARY STATISTIC
HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (REPEAT FINAL EXAM)

Good Luck for sem 7.

Mukadimah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku buat lagi satu blog khas untuk perjalanan pembelajaran aku. Walaupun aku sudah berada di tengah-tengah tahun pengajian iaitu baru sahaja habis peperiksaan semester ke 6 pada petang tadi, dan akan masuk semester ke tujuh dalam masa satu bulan lagi, aku rasa tak salah aku wujudkan blog ini untuk menceritakan perjalanan Pengajian Jarak Jauh (PJJ) aku yang berbaki lagi 6 semester (Insya Allah).

Blog ini juga aku wujudkan atas sebab strategi terbaru aku untuk membaiki prestasi aku yang semakin merundum teruk dari satu semester ke satu semester.

Aku harap dengan wujudnya blog ni, aku takkan alpa atau lupa sebaliknya aku boleh fokus di jalan yang betul dengan membelek-belek coretan yang telah aku buat dalam blog ini. Yang semestinya apa yang aku belajar aku perlu praktikkan di mana saja untuk menjadikan pembelajaran kita sentiasa wujud dalam diri kita dan pada masa akan datang.

Moga Allah memberkati sedikit usaha yang aku telah lakukan ini. Insya Allah.