Aku adalah... ....seorang pekerja di syarikat swasta sejak tahun 2002 ....seorang suami sejak Mac 2009, ....seorang ayah sejak tahun Mac 2010, .... seorang penternak kecil-kecilan sejak October 2010, ....seorang pelajar jarak jauh sejak May 2010. Sedang menjadikan diri SEORANG YANG TERBAIK di dalam watak-watak tersebut
Rabu, 30 Mei 2012
Sem7: Forum STATISTIC going to STATIC
Memang ye... STATIC! Nampaknya aku kena belajar sendiri la..
Sabtu, 26 Mei 2012
Official Result Sem 6: CGPA 2.57 (GPA : 0.89)
Assalamulaiakum…
Semalam result sem 6 sudah pun keluar. Itupun selepas balik keja, aku dapat sms dari seorang kawan. Seperti yang aku jangkakan di posting sebelum ni, aku akan mendapat result seperti yang diduga. Kurang lagi 0.19 iaitu 4.7% dibandingkan dengan 4 pointer. So aku tak maw nak komen banyak pasal pointer aku kerana sebab musababnya adalah datang dari aku sendiri. Aku yang nak result macam ni, so tepuk dada tanya selera.
Aku nak komen benda lain. Pihak U memang menepati janji dengan mengeluarkan result sebelum T2. Lagi satu dalam buku dorang ada bgtau result keluar dalam masa 6 mggu selepas last final exam. Aku nampak dah 2 sem dorang keluar 4 mggu selepas final exam. Syabas aku ucapkan.
Next action.. adakah aku akan meneruskan keinginan aku untuk menambahkan lagi paper untuk sem ni iaitu menambah repeat final exam paper (final) seperti yang aku war-warkan sebelum ni? Kalau ya, aku kena bank in lagi RM100 sebelum 4hb/Jun ni.. (final date)
Khamis, 24 Mei 2012
Claim EPF Sem7: May'2012
Assalamualaikum,
Agak lama jugak aku tak post kat blog study aku ni. 4 hari lepas. Assignment II pun tak sentuh-sentuh lagi. Ni semua pasal sibuk kat keja. Kena buat 2nd Half Year budget. Erks! Motivate! Motivate!
Semalam aku baru dapat surat confirmation register from HQ selepas semiggu aku tunggu (aku request dari portal bertarikh 16/May). Dan seperti yang aku bagitau, aku nak claim yuran Sem 7 yang berjumlah RM 387 + RM 700 = RM 1,087 dari EPF.
Kali ni adalah kali ke 7 aku claim yuram belajar dari EPF. Dari 7 kali ni hanya kali pertama sahaja aku claim lambat iaitu pada Sem 1. Yelah Sem 1 kan sem baru untuk aku, so banyak benda nak kena tahu dan buat. Sem 2 hingga 6 aku dah pakar dah dalam bab-bab claim yuran study dari EPF ni. Segala permohonan takde yang tak berjaya, ambil masa paling lewat pun 4 hari je duit aku akan didebitkan ke dalam akaun bank aku walaupun EPF janji paling lewat dalam masa 2 minggu duit aku akan didebit.
Resit RM 700 Hilang
Tapi kali ni aku ada masalah besar. Semalam dari magrib sampai ke malam, puas aku mencari Resit RM 700 aku tapi tak jumpa-jumpa. Hoho! Punah! Aku tanya wife aku samada aku ada tertinggal tak resit aku kat rumah Parit Sulong. Wife aku cakap takde. Ikutkan masa aku bayar RM700 ni semasa aku amik cuti halfday hari Isnin 7hb/May. Pada masa ni memang banyak aktiviti yang aku buat. Dan tak salah aku kali terakhir aku nampak resit itu adalah pada 8hb/May semasa aku pasang roadtax kancil aku kat rumah Pt Sulong.
Tapi bersangka baik la aku. Kalau aku kuarkan RM700, aku rugi dividen EPF 6% dan secara automatiknya aku akan habiskan duit yang aku dapat ni. Tapi ikutkan kalau aku berjimat, aku akan masukkan RM700 ni ke dalam current akaun yang dapat mengurangkan daily interest 6.5%. So kali ni aku akan claim RM387 sahaja la.
So sekarang aku kena plan bila aku boleh pegi claim ini duit.
![]() |
| RM 387 je la aku boleh claim. |
Isnin, 21 Mei 2012
Update
Semalam aku check charge (invoice) untuk semester telah di update. Seperti yang di ramalkan akaun aku berbaki RM20 sahaja.
Dalam masa yang sama aku membuat laporan yang Forum Elementary Statistic aku belum boleh digunakan lagi untuk posting. Mcm biasa, tunggu je la dorang buat tindakan. Sepatutnya benda macam ni tak boleh wujud sebab kelas dah bermula sejak hari sabtu 19hb/May. Takkan asyik kena ketuk baru berjalan.
Aku jugak telah memulakan semula komunikasi aku dengan Puan L selepas hampir 3 bulan tak dengar cerita. Tup tup dia ajak aku g ke LC Bangi untuk meramaikan majlis perjumpaan dengan pihak atasan universiti. Ikutkan aku boleh je sebab aku dah declare ngan wife aku yang aku tak dapat nak balik kpg jumpa dia ngn anak-anak disebabkan jadual hujung minggu yang padat.
Assignment I aku dah beri akak aku ngan wife aku check. Tgk gaya aku kena jawab sendiri gak la sebab dorang pun mcm blur-blur jer.. Cikgu matematik selalu macam ni ke ek? Adakah bila takde persediaan awal, maka dorang tak boleh nak periksa soalan-soalan baru yang dikemukan oleh pelajar? Parah...
Assignment II baru selak-selak forum untuk mencari hint dan idea. Nampaknya tough jugak Assgnment untuk subjek Professional Ethic ni. Kawan aku pernah ambil dan result yang dia dapat adalah D. Huh! Betul-betul kena profesional bila amik subjek ni. Tengok je la pogress tugsan ni macam mana.
Ari ni juga Prepaid Internet sebulan aku dah abis. So aku tak dapat nak update internet bila aku dah tiba rumah. Maka alasan aku untuk buat assignment dan study akan jadi kuat la.. Kurang la surfing internet.
Dua kali update berturut-turut.. tak boleh jadi ni.. must have samting.. That's all for now.
Khamis, 17 Mei 2012
Update
Kod Subjek Tukar
Baru hari ni aku perasan satu subjek yang belum aku ambil telah di tukar kod sejak Ogos tahun lepas untuk semester Sept 2011. Dari BBYN4103 Business Research Methodology ke BBRC4103 Research Methodology. Kalau diikutkan perkeliling yang dikeluarkan pada masa itu, ada 5 lagi subjek lain yang bertukar kod menjadi hanya satu subjek common ini. Macam mana la aku boleh termiss info ni.
Maka secara automatiknya aku akan buat folder baru untuk subjek ni, download e-book, past year Q dan apa-apa saja maklumat yang berkaitan ngn subjek ni.
Memulakan Tugasan II dengan Strategi Baru
Aku sudah pun memulakan tugasan II dengan mencetak soalan dan meringkaskan rubric yang diberi. Nampaknya soalan tugasan II adalah sama sahaja seperti yang subjek-subjek teori yang lain. Kali ni aku tak kira, aku nekad. Walaupun aku tak siap tugasan dalam masa yang ditetapkan, aku akan hantar jugak kerana markah tugasan hanya menrangkumi 30% markah keseluruhan subjek. Bermakna kalau aku dapat 50% dari 30 markah, aku baru ada 15% markah berbanding lagi 70% di final exam.
Ya, inilah strategi yang dah lama aku tau dan selalu aku beritahu kat kengkawan aku tetapi aku tak praktikkan. Tp awas, skill ni sesuai dipraktikkan di saat-saat akhit sebelum tiba date line.
Menggunakan Folder Sem 8
Aku sudah mengalihkan subjek-subjek yang bakal di ambil ke folder Sem 8 - Sept 2012. Subjek yang berada dalam perancangan ialah;
PRINCIPLES OF MACROECONOMICS
RESEARCH METHODOLY
PENGAJIAN ISLAM*
*subjek ni aku dah pernah ambil pada sem 4 May 2011 tapi last minit aku terpaksa menarik diri ( withdraw) dari kursus ni disebabkan kekangan masa pada ketika itu dan tak dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Di tambah pula aku mengambil 4 subjek.
Membuat penutupan untuk Sem 6
Walaupun result sem 6 belum kelaur secara rasminya. aku juga telah mengalihkan folder sem 6 ke folder "Semester Complete". Terlalu banyak duka dalam sem 6 yang tak elok untuk di imbas kembali. Harapan aku Sem 7 akan menjadi semester kebangkitan dan dipenuhi dengan sinar yang bergemerlapan.
Mengemaskini Folder Backup.
Biasa nya selepas aku buat perubahan besar ke atas sub folder, aku akan membuat backup folder ke atas 3 tempat; Laptop, Handphone, dan PC Office. Aktiviti ini adalah suatu kemestian untuk aku pastikan bahawa stiap sem ada kesinambungan dengan sem yang lain. Aku tengok data lama aku sudah terkumpul lebih dari 1GB. Besar jugak bagi sebuah data untuk seorang pelajar.
Memohon Akuan Pendaftaran Semester May 2012 untuk Pengeluaran EPF.
Semalam (16/May) juga aku telah memohon HQ untuk memberikan akuan pendaftaran semester May 2012 untuk pengeluaran EPF. Kali ni aku akan claim semula duit aku kat EPF sebanyak RM 1,087
Mengemaskini Folder Backup.
Biasa nya selepas aku buat perubahan besar ke atas sub folder, aku akan membuat backup folder ke atas 3 tempat; Laptop, Handphone, dan PC Office. Aktiviti ini adalah suatu kemestian untuk aku pastikan bahawa stiap sem ada kesinambungan dengan sem yang lain. Aku tengok data lama aku sudah terkumpul lebih dari 1GB. Besar jugak bagi sebuah data untuk seorang pelajar.
Memohon Akuan Pendaftaran Semester May 2012 untuk Pengeluaran EPF.
Semalam (16/May) juga aku telah memohon HQ untuk memberikan akuan pendaftaran semester May 2012 untuk pengeluaran EPF. Kali ni aku akan claim semula duit aku kat EPF sebanyak RM 1,087
Subjek Teori vs Subjek Matematik
Dalam Analysis Strength, Weakness, Opurtinities & Threat (SWOT), Pengiraan la S aku. Pernah dulu e-tutor aku memberikan tunjuk ajar macamana nak gunakan SWOT. Dari T pegi ke O, dari O ke W terus ke T. Macam jugak orang kata "make pressure as your friend" seperti menjadikan T ke O dan terus ke S. Memang betul la apa yang cikgu aku bagitau. Dan aku perlu ikut cakap dia.
Kalau di imbas kembali sejarah masa aku belajar dulu-dulu, memang aku ni jenis seorang yang kuat memori. Sejak dari sekolah rendah, aku hanya belajar seperti budak-budak yang lain. Ada time main, ada time tido, ada time makan. Tetapi result periksa tak pernah mengecewakan mak bapak aku.
Kalau di imbas kembali sejarah masa aku belajar dulu-dulu, memang aku ni jenis seorang yang kuat memori. Sejak dari sekolah rendah, aku hanya belajar seperti budak-budak yang lain. Ada time main, ada time tido, ada time makan. Tetapi result periksa tak pernah mengecewakan mak bapak aku.
Apabila aku meningkat remaja, di sekolah menengah, baru aku sedar tahap penerimaan aku ke atas subjek-subjek yang di ambil. Aku ni jenis orang yang tak boleh menerima teori semata-mata. Daya pemikiran aku memang takkan lekat jika teori tidak dipraktikkan.
Maka subjek seperti Bahasa Malaysia, Inggeris, Sejarah dan subjek teori yang lain mendapat tempat yang tercorot dalam diri aku. Manakala subjek Sains seperti Fizik, Kimia dan Matematik menjadi keutamaan dalam mendapatkan keuputusan yang cemerlang. Tak lupa jugak aku meminati Seni Grafik dan Kejuruteraan.
Subjek Matematik
Sekarang aku berada di dalam Degree Business Admin. Selepas 6 semester aku tempuh, aku tersedar yang pogram ini hanya mempunyai kurang subjek pengiraan. Walaupun begitu, result yang aku dapat untuk subjek pengiraan boleh dikatakan cemerlang.
- MATHEMATIC IN MANAGEMENT - A
- MANAGEMENT ACCOUNTING - A
- PRICIPLES OF MICROECONOMICS - B
- FINANCIAL ACCOUNTING - B
- FINANCIAL MANAGEMENT I - B-
- FINANCIAL MANAGEMENT II - F sebab peribadi
- ELEMENTARY STATISTIC - baru di ambil sem 7 ni. Target A
Subjek Teori.
Aku rasa BBA yang aku ambil ni hampir 80% adalah teori. Dan aku tengok jika aku tak berusaha mengatasi kelemahan aku terhadap subject ni, ia akan menjadi kanser. Dalam masa aku nak hampir menghabiskan pogram BBA aku, ia akan merebak dan menjangkit dari satu subjek ke subjek lain. Dan hasilnya lihat je la sem 6. Aku lupa.
Kesimpulan
Kalau mengikut cara aku belajar, subjek pengiraan hanya perlu di buat latihan banyak kali. Disebabkan pengiraan adalah S aku, maka aku perlu menjadikan dia sebagai faktor untuk memusnahkan W. Manakalah segala T akan ku ubah menjadi O. Dari O dan W aku kumpulkan untuk menjadi S. Dan dari S aku terus maju dan berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Insya Allah.
Result S7-I
Lanjutan dari S6-III aku telah menyusun semula result S7-I seperti di bawah;
- Membuat repeat final exam paper HRM untuk memperbaiki gred dari C ke B+
- Menyusun paper yang bakal di ambil pada sem 8; PENGAJIAN ISLAM (PI), BUSINESS RESEARCH METHOD (BRM) dan PRINSIPLES OF MACROECONOMICS (MACRO). Paper-paper ini adalah common juga untuk subjek BMM yang aku pernah discuss sebelum ni.
- Aku juga perlu membuat perancangan untuk 2 subjek yang baru sahaja FAIL (OB dan FMII). Buat masa sekarang aku nak lupakan 2 subjek ni dan menumpukan subjek yang baru.
- Untuk sem 9 juga aku terpaksa melupakannya buat seketika. Cukup la sampai sem 8 untuk aku menghabiskan semua subjek common.
Kemungkinan juga dalam sem 7 ni aku akan membuat pengulangan lagi sekali ke atas subjek E4WC yang aku tak ambil paper repeat final exam nya pada sem lepas. Tarikh akhir untuk mengulang adalah awal bulan depan dan sem ni adalah sem terakhir untuk aku ulang final exam tuk paper ni.
Langgan:
Catatan (Atom)



