Khamis, 24 Mei 2012

Claim EPF Sem7: May'2012

Assalamualaikum,

Agak lama jugak aku tak post kat blog study aku ni. 4 hari lepas. Assignment II pun tak sentuh-sentuh lagi. Ni semua pasal sibuk kat keja. Kena buat 2nd Half Year budget. Erks! Motivate! Motivate!

Semalam aku baru dapat surat confirmation register from HQ selepas semiggu aku tunggu (aku request dari portal bertarikh 16/May). Dan seperti yang aku bagitau, aku nak claim yuran Sem 7 yang berjumlah RM 387 + RM 700 = RM 1,087 dari EPF.

Kali ni adalah kali ke 7 aku claim yuram belajar dari EPF. Dari 7 kali ni hanya kali pertama sahaja aku claim lambat iaitu pada Sem 1. Yelah Sem 1 kan sem baru untuk aku, so banyak benda nak kena tahu dan buat. Sem 2 hingga 6 aku dah pakar dah dalam bab-bab claim yuran study dari EPF ni. Segala permohonan takde yang tak berjaya, ambil masa paling lewat pun 4 hari je duit aku akan didebitkan ke dalam akaun bank aku walaupun EPF janji paling lewat dalam masa 2 minggu duit aku akan didebit.


Resit RM 700 Hilang

Tapi kali ni aku ada masalah besar. Semalam dari magrib sampai ke malam, puas aku mencari Resit RM 700 aku tapi tak jumpa-jumpa. Hoho! Punah! Aku tanya wife aku samada aku ada tertinggal tak resit aku kat rumah Parit Sulong. Wife aku cakap takde. Ikutkan masa aku bayar RM700 ni semasa aku amik cuti halfday hari Isnin 7hb/May. Pada masa ni memang banyak aktiviti yang aku buat. Dan tak salah aku kali terakhir aku nampak resit itu adalah pada 8hb/May semasa aku pasang roadtax kancil aku kat rumah Pt Sulong.

Tapi bersangka baik la aku. Kalau aku kuarkan RM700, aku rugi dividen EPF 6% dan secara automatiknya aku akan habiskan duit yang aku dapat ni. Tapi ikutkan kalau aku berjimat, aku akan masukkan RM700 ni ke dalam current akaun yang dapat mengurangkan daily interest 6.5%. So kali ni aku akan claim RM387 sahaja la.

So sekarang aku kena plan bila aku boleh pegi claim ini duit.
RM 387 je la aku boleh claim.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan