Dalam Analysis Strength, Weakness, Opurtinities & Threat (SWOT), Pengiraan la S aku. Pernah dulu e-tutor aku memberikan tunjuk ajar macamana nak gunakan SWOT. Dari T pegi ke O, dari O ke W terus ke T. Macam jugak orang kata "make pressure as your friend" seperti menjadikan T ke O dan terus ke S. Memang betul la apa yang cikgu aku bagitau. Dan aku perlu ikut cakap dia.
Kalau di imbas kembali sejarah masa aku belajar dulu-dulu, memang aku ni jenis seorang yang kuat memori. Sejak dari sekolah rendah, aku hanya belajar seperti budak-budak yang lain. Ada time main, ada time tido, ada time makan. Tetapi result periksa tak pernah mengecewakan mak bapak aku.
Kalau di imbas kembali sejarah masa aku belajar dulu-dulu, memang aku ni jenis seorang yang kuat memori. Sejak dari sekolah rendah, aku hanya belajar seperti budak-budak yang lain. Ada time main, ada time tido, ada time makan. Tetapi result periksa tak pernah mengecewakan mak bapak aku.
Apabila aku meningkat remaja, di sekolah menengah, baru aku sedar tahap penerimaan aku ke atas subjek-subjek yang di ambil. Aku ni jenis orang yang tak boleh menerima teori semata-mata. Daya pemikiran aku memang takkan lekat jika teori tidak dipraktikkan.
Maka subjek seperti Bahasa Malaysia, Inggeris, Sejarah dan subjek teori yang lain mendapat tempat yang tercorot dalam diri aku. Manakala subjek Sains seperti Fizik, Kimia dan Matematik menjadi keutamaan dalam mendapatkan keuputusan yang cemerlang. Tak lupa jugak aku meminati Seni Grafik dan Kejuruteraan.
Subjek Matematik
Sekarang aku berada di dalam Degree Business Admin. Selepas 6 semester aku tempuh, aku tersedar yang pogram ini hanya mempunyai kurang subjek pengiraan. Walaupun begitu, result yang aku dapat untuk subjek pengiraan boleh dikatakan cemerlang.
- MATHEMATIC IN MANAGEMENT - A
- MANAGEMENT ACCOUNTING - A
- PRICIPLES OF MICROECONOMICS - B
- FINANCIAL ACCOUNTING - B
- FINANCIAL MANAGEMENT I - B-
- FINANCIAL MANAGEMENT II - F sebab peribadi
- ELEMENTARY STATISTIC - baru di ambil sem 7 ni. Target A
Subjek Teori.
Aku rasa BBA yang aku ambil ni hampir 80% adalah teori. Dan aku tengok jika aku tak berusaha mengatasi kelemahan aku terhadap subject ni, ia akan menjadi kanser. Dalam masa aku nak hampir menghabiskan pogram BBA aku, ia akan merebak dan menjangkit dari satu subjek ke subjek lain. Dan hasilnya lihat je la sem 6. Aku lupa.
Kesimpulan
Kalau mengikut cara aku belajar, subjek pengiraan hanya perlu di buat latihan banyak kali. Disebabkan pengiraan adalah S aku, maka aku perlu menjadikan dia sebagai faktor untuk memusnahkan W. Manakalah segala T akan ku ubah menjadi O. Dari O dan W aku kumpulkan untuk menjadi S. Dan dari S aku terus maju dan berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan