Isnin, 21 Mei 2012

Update

Semalam aku check charge (invoice) untuk semester telah di update. Seperti yang di ramalkan akaun aku berbaki RM20 sahaja.



Dalam masa yang sama aku membuat laporan yang Forum Elementary Statistic aku belum boleh digunakan lagi untuk posting. Mcm biasa, tunggu je la dorang buat tindakan. Sepatutnya benda macam ni tak boleh wujud sebab kelas dah bermula sejak hari sabtu 19hb/May. Takkan asyik kena ketuk baru berjalan.

Aku jugak telah memulakan semula komunikasi aku dengan Puan L selepas hampir 3 bulan tak dengar cerita. Tup tup dia ajak aku g ke LC Bangi untuk meramaikan majlis perjumpaan dengan pihak atasan universiti. Ikutkan aku boleh je sebab aku dah declare ngan wife aku yang aku tak dapat nak balik kpg jumpa dia ngn anak-anak disebabkan jadual hujung minggu yang padat.

Assignment I aku dah beri akak aku ngan wife aku check. Tgk gaya aku kena jawab sendiri gak la sebab dorang pun mcm blur-blur jer.. Cikgu matematik selalu macam ni ke ek? Adakah bila takde persediaan awal, maka dorang tak boleh nak periksa soalan-soalan baru yang dikemukan oleh pelajar? Parah...

Assignment II baru selak-selak forum untuk mencari hint dan idea. Nampaknya tough jugak Assgnment untuk subjek Professional Ethic ni. Kawan aku pernah ambil dan result yang dia dapat adalah D. Huh! Betul-betul kena profesional bila amik subjek ni. Tengok je la pogress tugsan ni macam mana.

Ari ni juga Prepaid Internet sebulan aku dah abis. So aku tak dapat nak update internet bila aku dah tiba rumah. Maka alasan aku untuk buat assignment dan study akan jadi kuat la.. Kurang la surfing internet.

Dua kali update berturut-turut.. tak boleh jadi ni.. must have samting.. That's all for now.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan