Khamis, 17 Mei 2012

Update

Kod Subjek Tukar

Baru hari ni aku perasan satu subjek yang belum aku ambil telah di tukar kod sejak Ogos tahun lepas untuk semester Sept 2011. Dari BBYN4103 Business Research Methodology ke BBRC4103 Research Methodology. Kalau diikutkan perkeliling yang dikeluarkan pada masa itu, ada 5 lagi subjek lain yang bertukar kod menjadi hanya satu subjek common ini. Macam mana la aku boleh termiss info ni.

Maka secara automatiknya aku akan buat folder baru untuk subjek ni, download e-book, past year Q dan apa-apa saja maklumat yang berkaitan ngn subjek ni.


Memulakan Tugasan II dengan Strategi Baru

Aku sudah pun memulakan tugasan II dengan mencetak soalan dan meringkaskan rubric yang diberi. Nampaknya soalan tugasan II adalah sama sahaja seperti yang subjek-subjek teori yang lain. Kali ni aku tak kira, aku nekad. Walaupun aku tak siap tugasan dalam masa yang ditetapkan, aku akan hantar jugak kerana markah tugasan hanya menrangkumi 30% markah keseluruhan subjek. Bermakna kalau aku dapat 50% dari 30 markah, aku baru ada 15% markah berbanding lagi 70% di final exam.

Ya, inilah strategi yang dah lama aku tau dan selalu aku beritahu kat kengkawan aku tetapi aku tak praktikkan. Tp awas, skill ni sesuai dipraktikkan di saat-saat akhit sebelum tiba date line.


Menggunakan Folder Sem 8

Aku sudah mengalihkan subjek-subjek yang bakal di ambil ke folder Sem 8 - Sept 2012. Subjek yang berada dalam perancangan ialah;

PRINCIPLES OF MACROECONOMICS
RESEARCH METHODOLY
PENGAJIAN ISLAM*

*subjek ni aku dah pernah ambil pada sem 4 May 2011 tapi last minit aku terpaksa menarik diri ( withdraw) dari kursus ni disebabkan kekangan masa pada ketika itu dan tak dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Di tambah pula aku mengambil 4 subjek.


Membuat penutupan untuk Sem 6

Walaupun result sem 6 belum kelaur secara rasminya. aku juga telah mengalihkan folder sem 6 ke folder "Semester Complete". Terlalu banyak duka dalam sem 6 yang tak elok untuk di imbas kembali. Harapan aku Sem 7 akan menjadi semester kebangkitan dan dipenuhi dengan sinar yang bergemerlapan.


Mengemaskini Folder Backup.

Biasa nya selepas aku buat perubahan besar ke atas sub folder, aku akan membuat backup folder ke atas 3 tempat; Laptop, Handphone, dan PC Office. Aktiviti ini adalah suatu kemestian untuk aku pastikan bahawa stiap sem ada kesinambungan dengan sem yang lain. Aku tengok data lama aku sudah terkumpul lebih dari 1GB. Besar jugak bagi sebuah data untuk seorang pelajar.


Memohon Akuan Pendaftaran Semester May 2012 untuk Pengeluaran EPF.

Semalam (16/May) juga aku telah memohon HQ untuk memberikan akuan pendaftaran semester May 2012 untuk pengeluaran EPF. Kali ni aku akan claim semula duit aku kat EPF sebanyak RM 1,087

Tiada ulasan:

Catat Ulasan