Masa awal-awal sebelum aku decide furter study, aku telah membuat 3 pilihan U. Dari 3 ni aku pilih yang terbaik. Dan selepas aku pilih yang terbaik baru aku study contains subjek nya. Dan aku telah pun memilih BBA. Antara sebab aku tengok dia takde tesis atau industrial training atau projek. Lagipun ia memang kena dengan keja aku sekarang ni.
Disebabkan keputusan CGPA aku yang semakin menurun tiap-tiap semester, dalam semester 5 aku telah mengreview semula program BBA yang aku ambil ni dengan mencari kekuatan aku sebagai alasan. Baru aku perasan pihak U ada mengnawarkan program baru yang menarik minat aku. Maka keluar la perbandingan yang aku buat seperti di bawah di antara Business Admin (BBA) dan Math Managament (BMM).
Aku telah menyusun perbandingan di antara kedua-dua program. Sebanyak 21 subjek (63jam kredit) yang overlap. 62% untuk BBA dan 60% untuk BMM. Untuk itu aku telah membuat keutamaa subjek yang perlu di habiskan seperti di bawah;
Sem 1 - 5
1. BAHASA KEBANGSAAN A
2. PENGAJIAN ISLAM
3. PRINCIPLES OF MANAGEMENT
4. MANAGEMENT ACCOUNTING
5. FINANCIAL ACCOUNTING
6. PRINCIPLES OF MICROECONOMICS
7. HUMAN RESOURCE MANAGEMENT
8. MARKETING MANAGEMENT 1
9. MARKETING MANAGEMENT II
10. FINANCIAL MANAGEMENT 1
11. LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS
12. ENGLISH FOR WRITTEN COMMUNICATION
13. ENGLISH FOR ORAL COMMUNICATION
14. ENTREPRENEURSHIP
Sem 6 (result belum keluar tp fail punya)
15. FINANCIAL MANAGEMENT II
16. ORGANISATIONAL BEHAVIOR
Sem 7
17. PROFESSIONAL ETHICS
18. ELEMENTARY STATISTICS
Sem 8
19. MALAYSIAN STUDIES
20. BUSINESS RESEARCH METHOD
21. PRINCIPLES OF MACROECONOMICS
So ada dua kes aku kena pilih;
PILIHAN 1: Aku terus menghabiskan seperti susunan di atas. Bila dah tiba sem 8 dan abis semua 21 subjek overlap ni baru aku fikir nak tukar pogram ke tidak.
PILIHAN 2: Aku tetap menghabiskan BBA dengan keputusan yang hanya memuaskan sahaja. Kemudian aku ambil 2nd Degree under BMM yang syaratnya tidak boleh lebih dari satu pertiga (33%) credit transfer iaitu 33 jam kredit (11 subjek).
Untuk pengetahuan, sebelum aku buat benda ni aku telah mengambil 2 subjek BBA yang tak overlap di dalam sem 2 iaitu
1. MATHEMATICS FOR MANAGEMENT dan
2. BUSINESS LAW
Mesti terpikir kan kenapa aku nak tukar pogram? Alasan aku senang, aku tak suka teori, tapi aku suka kira-kira. So tengok jer la BBA vs BMM. Berbaloi kan kalau aku menggunakan kekuatan aku nih. Tp kalau aku amik Pilihan 2, aku akan ada 2 degree;
BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS [ BBA ]
BACHELOR OF MATHEMATICS AND MANAGEMENT WITH HONOURS [ BMM ]
Lain macam je bunyi kan kedua-dua degree ni. Degree pertama aku ambil dengan kos RM 20,000 tp degree kedua aku ambil dengan kos kurang 33% iaitu RM 13,400 selama 2 tahun setengah sahaja. Total RM 33,400. Duit takde masalah kalau nak carik ilmu. Lagi pun kalau aku ada 2 degree orang akan pandang semacam je kan. Belum lagi tambah Master ke PhD. Hahaha.
Amacam? OK tak? Boleh ka? Dah nama pun LIFE LONG LEARNER.. tak salah aku buat pembelajaran sepanjang hayat kan.